Apr 21, 2009

Kini segalanya kembali normal

Seperti yang dijadual dan dirancang, mama,papa & Maira bertolak ke KL pada hari Rabu,15.04.09. Kita tiba di ibu negara lebih kurang pukul 3 petang. Papa ajak mama pergi tengok tempat lapor diri. Senang pula papa bawa kereta terus sampai ke depan dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Papa dukung Maira keluar dari kereta. Pada mata papa terpancar kegusaran, mama tahu papa fikirkan tentang keluarga kita. Mama cakap pada papa, kalau papa tak izinkan mama tak kan teruskan ini semua. Tapi papa kata papa sentiasa sokong kerjaya mama. Thanks sayang!


Lepas tu kita ke KLCC, saja nak lepas gian jalan-jalan kat menara berkembar kebanggaan negara. Sempat juga lah mama snap beberapa keping gambar kat sini...






Lepas 2 jam melilau kat KLCC kita pon balik rumah mamu Najib. Tak plan nak pi mana-mana pon malam tu... Sebelum tidur mama dengan papa sempat buat solat hajat untuk penempatan mama, harap-harap dapat di Penang.Esoknya, pukul 5 pagi kita 3 beranak dah bangun, lepas sembahyang subuh, tayar golek jam 6.28pg, sampai di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid pukul 7.28pg. Sesi taklimat pagi tu agak membosankan. Orang Kementerian Kerja Raya bagi taklimat. Apa yang membuatkan semua calon terkilan, pengerusi majlis tu cakap staff 'Contract For Service' tak kan di serap ke jawatan tetap. Lepas sesi taklimat, hampir separuh daripada mereka yang hadir lapor diri menolak dan menangguh untuk menerima tawaran. Masa sesi taklimat mama berkenalan dengan dua kawan, 2-2 orang ibu kepada seorang anak! Dapat lah mama geng... calon-calon lain nampak macam fresh graduate aja...bertuah betul diorang.... baru abis belajar dah dapat keja gaji riban-riban, mama dulu 1st appointment gaji RM750 saja :(

Atas permintaan diorang, mama sebutkan nama kawan mama ni, auntie Yusliza & auntie Fadini... (jangan marah guys! I snap your photos masa dalam dewan hari tu!)

On the 2nd day, penempatan diumumkan....dan mama bersyukur sangat di tempatkan di Pulau Pinang.... Petang ni kita boleh terus balik Penang....yeaaaa!!!!

Sayang.... mama dapat penempatan di Penang.... kita tak payah tinggal papa! Jom kita balik!

Last, but not least.... mama sempat bergambar dengan Ustazah Bahiyah di surau JKR masa waktu sembahyang jumaat.... Ustazah dah senyum meleret.... mama lak buat muka cekang! uhuuuu! tak kira! Nak masukkan juga gambar ni dalam blog!

Dan hari ni, hari keenam mama bertugas di tempat baru, dapat penempatan baru lagi. Dari Komtar, mama di tempatkan pula ke Bertam.... Alhamdulillah...syukur sekali lagi.... mama tak payah berulang pergi balik naik feri & jambatan.... Sekarang, kehidupan kita sekeluarga dah kembali normal...dan mama rasa lebih selesa sekarang... Harapan mama dan papa, juga tok dan tok wan, semoga satu hari nanti jawatan contract for service ini akan diserap ke jawatan tetap..... Amin.....

Apr 7, 2009

Dilema seorang perempuan, isteri dan ibu....

Allah saja yang tahu betapa berbunganya hati mama bila tok telefon cakap ada surat tawaran kerja dari JKR. Mama tak sabar nak balik baca surat tu... Dan papalah orang pertama yang mama bagitahu tentang berita gembira ni...

TAWARAN PERLANTIKAN KE JAWATAN CONTRACT FOR SERVICE GRED J41 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dengan ini telah berjaya dalam sesi temuduga dan ditawarkan perlantikan:

a) jawatan : JURUTERA AWAM GRED J41
b) lantikan : CONTRACT FOR SERVICE (CFS)
c) di Kem./Jab. : KEMENTERIAN KERJA RAYA
d) tempoh lantikan : DUA (2) TAHUN DENGAN OPSYEN TAMBAHAN DUA BELAS (12) BULAN JIKA DIPERLUKAN

Mama dengan papa gambira sangat.... tapi dalam keseronokkan tu, terpalit 1001 macam kepayahan dan kesulitan yang bakal kita bertiga lalui...mama...papa....dan Maira. Mama fikirkan Maira dan papa.... mama juga fikirkan bagaimana mama akan lalui hari-hari tanpa papa disisi. Aduhhhhh....beratnya dugaan ini....!

Papa izinkan mama pergi, papa bangga dengan mama... Papa kata doa papa mengiringi mama... papa kata papa akan sentiasa berada dalam hati mama...papa kata lagi, kalau mama rindukan papa, papa suruh mama cium Maira.. Maira adalah sebahagian daripada papa buat mama...

Mama sedih sangat... untuk tinggalkan papa, tok, tokwan, dan kawan-kawan mama di pejabat lama. Mama harap pengorbanan mama berbaloi. Ini adalah satu titik permulaan karier mama sebagai penjawat awam yang telah lama mama idamkan...

Ya Allah.... jika peluang ini adalah yang terbaik untuk aku dan keluargaku...maka kau doronglah kami ke arahnya. Kau restuilah perjalanan dan penghijrahan ini, Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas kami, dan Kau bantulah kami sepanjang penghijrahan ini dan Kau peliaharalah kami dari segala bentuk anasir yang tidak baik. Tapi Ya Allah, seandainya peluang ini akan menjanjikan sebuah kekecewaan dan kemusnahan kepada hidup kami... Kau tutuplah pintu itu agar kami tidak terdorong untuk menghampirinya dan meneruskan perjalanan kami... Sesungguhnya Ya Allah, Kau lah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.......
Amin......