Dec 9, 2009
Maira & Beg Sekolah Baru
Dec 7, 2009
1 Year, 4 Months
Nov 9, 2009
Anakku nak jadi Rambo
Maira besar esok nak jadi Rambo ek? Ari sabtu lepas, buat stunt macam superman, jatuh gedebuk atas lantai... nasib baik ada tikar buluh, tapi pipi maira bergaris jugak lah luka kena bilah buluh tu.. Dah tak chumil anak mama..
Mama tak sampai hati nak bagi tau tok, takut tok risau pulak... lebam & luka sikit saja... anak mama kan kuat! Lepas setengah jam Maira dah melompat balik... kira ok ler tu!!!
Oct 19, 2009
Gelagat Maira di Pantai
Oct 1, 2009
Corat coret raya
Sep 9, 2009
Selsema oh! selsema
Sep 2, 2009
Maira...
Aug 19, 2009
Welcome to the club Amal Wafa' !
Wafa' lahir setahun satu hari lepas Maira dilahirkan. Maira lahir pukul 6.15 petang pada 07.08.2008. nanti boleh la celebrate sekali ek!Tahniah buat ummi, Widaad pulak dah jadi kakak sekarang... jenuh la ummi nak kawal nanti! Be good ya gurls!!!
Tahun depan insyaallah tok dengan tokwan dapat sorang lagi cucu... daripada mamu najib dengan mami yuslinda, maybe around February 2010. Maira nak adik???? Isk... isk... isk.... nanti kot..... :D
Aug 8, 2009
07.08.09
Aug 7, 2009
HAPPY BIRTHDAY SAYANG......!
Aug 4, 2009
Jul 26, 2009
4 Days In Sabah...
Duduk di sana tiap-tiap hari mama mesti teringatkan papa dan Maira. Kalaulah trip ini adalah trip kita sekeluarga, alangkah indahnya.... Tak pa, satu hari nanti bila Maira dah besar sikit kita pi pulau sipadan 1 family....
Inilah gambar-gambar yang sempat mama snap kat sana....
Jaga cik salmah jaga......
Nak cari bunga raflessia
Depan Lysaght..gambar kenangan selepas lawatan
Kem tentera di Teluk Sepanggar...
Last but not least... perkampungan Monsopiad.... serammmmmm!
Jul 17, 2009
Maira selsema
Jun 29, 2009
Anak mama dah pandai posing
Lagi satu gambar Maira kat shopping complex... jadi model baju kanak-kanak! Anak mama nak jadi model ke bila dah besar nanti?...
Jun 23, 2009
Sekadar coretan
Sedih mama.... bila mama pergi cakap kat dia, dia cakap minta maaf jer...tak perasan pon bila Alif buat mcm tu kat Maira. Lepas tu, petang tu sekali papa ambil Maira kat rumah dia, bila balik rumah papa tengok pampers Maira ada taik...dah kering! Maksudnya dah lama Maira berak, tapi dia tak perasan atau buat-buat tak perasan tak taulah mama.. Pernah juga petang tu mama pi nak ambil Maira, bila dia buka pintu mama tengok maira tengah merangkak, Alif duduk kat atas belakang Maira! Hangen betul mama...!
3 faktor ni saja memang dah cukup untuk mama berenti dari hantar Maira dekat dia. Tapi mama tak sampai hati nak cakap macam mana lagi dekat dia, sebab masa mama cuba cakap 2-3 hari lepas nak tukar pengasuh bila dia bersalin nanti, dia cakap nak hantar dekat dia balik lepas dia bersalin pon tak apa...sebab dia cakap dia dah sayang kat Maira... (Kunun nye la...)
Mama dengan papa buntu lah... kami memang ingat nak hantar kat pengasuh baru je terus..tapi dia minta hantar balik dekat dia bila dia abis pantang... macam mana ni......????!!!
Jun 17, 2009
Le Tour De Kelisa
Jun 8, 2009
Maira dah ada gigi
Maira memang lalu makan, kalau bagi moi satu hari 2 kali, sekali makan mau dekat setengah pinggan.Tapi tokwan pesan dekat mama, jangan bagi maira makan karbohidrat banyak sangat. Tokwan takut cucu tokwan overweight kot! hehehe! Jadi sekarang mama bagi setengah aja daripada sukatan dulu untuk Maira. Anak mama cepat besar ya.... Mama seronok tengok anak mama membesar depan mata mama!
Jun 3, 2009
2 tahun usia perkahwinan
May 25, 2009
Untukmu Sayang..
A lunan tangismu umpama irama merdu
Ceria tawamu mendamaikan hati
Hubungan mama dan papa bertambah erat
Mengikat kasih kami kau lah sayang
Akan berseri keluarga kita
Riuh suaramu pasti membahagiakan
Hamparan kasih yang kami hulurkan
Untukmu sayang agar tidak ketandusan
Melaui ciuman ia terpancar
Adalah buatmu permata hatiku
Ingin mama dan pa lihat kau bahagia
Restu kami sentiasa mengiringimu
Anakku Achmar Humaira
May 24, 2009
Hujung minggu
Sekarang pukul 2.45 petang. Maira baru tidur lepas 2 kali terjaga dalam buai. Maklum lah sekarang musim panas. Berpeluh-peluh anak mama. Bila mama buka baju Maira, nampak anak mama selesa sikit. Lepas 10 minit dalam buai Maira tidur semula.Mama harap kali ni maira tidur nyenyak sikit. Makan sudah, minum sudah…it’s time for you to sleep princess! Tidur mama yang tak cukup sepanjang minggu lepas pon terganti sudah. Dua hari ni kita pecah rekod tak pergi mana-mana. Rupa-rupanya duduk di rumah hujung-hujun minggu ni seronok juga… mama dengan papa dapat main dengan Maira sepuas-puasnya. Kalau hari mama kerja rasa macam sekejap aja masa untuk kita bermain kan sayang… Tapi dua hari ni juga perangai Maira tak kurang hebatnya. Kurang tidur dan asyik suka main. Tapi mama tak kisah, mama seronok main dengan Maira. Papa pon kalao nak keluar pegi buang sampah, beli paper ke pergi kedai ke mesti nak bawa Maira sekali… Seronok la anak mama tu!
Mama mengantuk lah sayang… Maira pon dah tidur lena. Mama pon nak tidur jugak… Esok mama dah kerja, nak spare ‘tidur’ cukup-cukup untuk minggu depan!