Jun 29, 2009

Anak mama dah pandai posing

Hari ni masa Maira tido petang, mama sempat online & buka folder gambar2 Maira sejak lahir... Tiba-tiba rasa bangga kerana Maira adalah anak mama...kerana mama dan papa punya anak secomel Maira... Mama dan papa berjanji tak akan persiakan anugerah Allah kepada kami sayang...

Sedang mama belek-belek gambar, mama ternampak satu gambar Maira kat masjid masa kita pi Johor dulu. Baru mama perasan gambar ni ....

Maira posing maut! Sampai nampak lurah dendam! Huhu! Kecik-kecik tak per...nanti bila dah besar kalo Maira buat macam ni papa rotan!

Lagi satu gambar Maira kat shopping complex... jadi model baju kanak-kanak! Anak mama nak jadi model ke bila dah besar nanti?...

Jun 23, 2009

Sekadar coretan

It's 8.59pm. Maira tengah tido. Mama sebenarnya runsing sekarang ni. Mami Liza yang mengasuh Maira sekarang ni mengandung. Selang 2 minggu dia akan pi check up, tiap2 hari rabu & khamis. Bila hari rabu dan khamis mama dengan papa akan menggelabah. Terpaksa minta tolong tok jaga Maira. Mama dah banya menyusahkan tok. Kesian tok.Kesian juga kat papa. Balik keja pukul 10 malam, nak balik Kulim, esok pagi pukul 6 dah bangun, nak rush gi keja. Pastu petang balik Kulim pulak ambil Maira. Mama dengan papa fikir nak tukar pengasuh. Dah dapat cari kat tingkat 11 blok kita. Tapi bila mama cakap kat mami Liza, dia macam tak mau lepaskan Maira. Katanya dah sayangkan Maira. Tapi bila dia 9 bulan nanti, tiap2 minggu akan pi klinik check perut. Dah bersalin nanti, lagi parah mama. Dia senanglah cakap "Su hantar kat mak su lah, kak cuti sebulan aja, belum abis pantang kak dah ada sini balik". Huh! Nanti dengan anak dia lagi, dengan Alif (budak yang dia mengasuh juga umur 1 tahun)lagi. Alif tu dah la pernah gigit tangan anak mama sampai berbekas! Ini buktinya!...

Sedih mama.... bila mama pergi cakap kat dia, dia cakap minta maaf jer...tak perasan pon bila Alif buat mcm tu kat Maira. Lepas tu, petang tu sekali papa ambil Maira kat rumah dia, bila balik rumah papa tengok pampers Maira ada taik...dah kering! Maksudnya dah lama Maira berak, tapi dia tak perasan atau buat-buat tak perasan tak taulah mama.. Pernah juga petang tu mama pi nak ambil Maira, bila dia buka pintu mama tengok maira tengah merangkak, Alif duduk kat atas belakang Maira! Hangen betul mama...!

3 faktor ni saja memang dah cukup untuk mama berenti dari hantar Maira dekat dia. Tapi mama tak sampai hati nak cakap macam mana lagi dekat dia, sebab masa mama cuba cakap 2-3 hari lepas nak tukar pengasuh bila dia bersalin nanti, dia cakap nak hantar dekat dia balik lepas dia bersalin pon tak apa...sebab dia cakap dia dah sayang kat Maira... (Kunun nye la...)

Mama dengan papa buntu lah... kami memang ingat nak hantar kat pengasuh baru je terus..tapi dia minta hantar balik dekat dia bila dia abis pantang... macam mana ni......????!!!

Jun 17, 2009

Le Tour De Kelisa

Hari yang di tunggu tiba dan berlalu juga... begitulah kehidupan.. 11 June 2009 jam 6.15 petang kita bertolak dari Seberang Jaya ke Melaka, kemudian terus kan perjalanan ke destinasi utama Skudai, dan seterusnya Singapura... Lepas tu balik singgah Bangi dan terus ke Ipoh. Lepas tu baru sampai balik Seberang Jaya pada 16 June 2009 pukul 10.15 malam. Banyak betul jasa Kelisa pada kita. Rasaa sayang pulak kat kereta chumil papa tu... Seronok ikut papa pergi lapor diri di UTM, lepas tu makan angin di Singapore...jalan-jalan cari pasal. Maira tak banyak buat kerenah. Alhamdulillah. Thanks alot to auntie Nolie, sebab sudi terima kami sebagai tetamu sampai 3 malam di Skudai. Seronok Maira main dengan Adam dan Qaseh... Opah dan Atuk Adam& Qaseh pon baik sangat...

Johor Bahru: Maira@ Puteri Habour

Johor Bahru : Mama&Maira @ Danga Bay

Johor Bahru : Nice pose

Johor Bahru : Mama...Maira nak susu!

Singapore (Baru sampai Woodlands)

Singapore : Dalam Esplanade

Singapore : Depan Esplanade

Singapore : With my beloved friend and her kid...

Depan Merlion Park

Mercu tanda kebanggaan Singapura

Papa buat silap mata

Saper ajar saper?

Mama and Maira @ Changi Airport

Let's walk!

Happy nyer dia....!

Maira jangan interframe tau!

....sebelum balik.

Jun 8, 2009

Maira dah ada gigi

Semalam 7/6/2009 usia maira genap 10 bulan. Maira dah pandai memanjat sana-sini. Terjun katil dah 2 kali. Kali pertama lebam sebelah muka, kali kedua maira maintain jer...gagah perkasa sungguh anak mama nih! Semalam masa mama suap moi untuk Maira, mama perasan Maira dah ada gigi. Bila mama cuba rasa, Maira dah ada 4 gigi atas dan bawah! Bila maira gelak, nampak sikit gigi anak mama yang baru nak tumbuh tu! Comel nye anak mama! Patut pon semenjak dua-tiga menjak ni Maira asyik suka mengigit...gatal gusi rupanya...
Maira memang lalu makan, kalau bagi moi satu hari 2 kali, sekali makan mau dekat setengah pinggan.Tapi tokwan pesan dekat mama, jangan bagi maira makan karbohidrat banyak sangat. Tokwan takut cucu tokwan overweight kot! hehehe! Jadi sekarang mama bagi setengah aja daripada sukatan dulu untuk Maira. Anak mama cepat besar ya.... Mama seronok tengok anak mama membesar depan mata mama!

Jun 3, 2009

2 tahun usia perkahwinan

Semalam 2 June 2009 genaplah 2 tahun usia perkahwinan mama dan papa. Papa bisik kat telinga mama "Happy 2nd Anniversarry"... mama rasa damai sangat... seronok...bahagia.... Dah 2 tahun kami bersama, dan usia Maira sekarang 10 bulan. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesejahteraan untuk keluarga kita... Papa cakap dekat mama nak pergi 'celebrate' kat Singapore lagi 2 minggu...tapi tengok budget dulu lah... Passport Maira dah buat hari ahad lepas. Kalau jadi pergi mama akan sisipkan memory kita ke sana dalam blog nanti...
Semalam mama pergi sain aggrement... Lepas sain mama dapat satu salinan. Dalam aggrement tu cakap mama ada 25 hari cuti berbanding 15 hari dalam taklimat masa mama lapor diri di KL hari tu. Sekurang-kurang nya ini berita baik, lepas mama dapat tahu gaji mama tak boleh dibayar selagi aggrement belum selesai.
Tah lah sayang.... kadang-kadang mama rasa happy sangat dengan kerja sekarang...tapi kadang-kadang mama rasa sedih...ya lah..sampai bila nak kerja kontrak, tak ada bonus, tak ada increment...Maira makin besar, kos makin tinggi... Dulu masa mama kerja Roadbuilder dengan Muhibbah, gaji memang best... tapi masa mama kerja memang packed. Hari sabtu pon mama kerja full day. Mama resign sebab mama nak settle down and spend more time with papa and Maira. Kadang-kadang menyesal resign dulu, tapi bila tengok mata bulat anak mama, mama rasa syukur sangat sebab keputusan mama untuk quit dari company-company tu dulu berbaloi untuk mama,papa dan Maira... Sempat lah jolly pergi London ...
Walau bagaimanapun,sekarang mama dah bekerja di JKR sebagai Jurutera Awam J41. Mama bersyukur, sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa mama untuk bertugas sebagai penjawat awam dan ditempatkan di Pulau Pinang. Allah dah makbulkan doa mama. Cuma sekarang mama harap sangat akan dapat jawatan tetap dalam masa terdekat ni. Mama dah penat fikir pasal kerja, pasal duit... Mama nak rilek sekarang... luangkan masa untuk keluarga mama.... Itulah sebenarnya matlamat mama....