Nov 16, 2012

Autumn In My Heart - Korea Part 4

Day 5

Hari last untuk melawat & shopping. Our first destination after breakfast at hotel was Amethyst Factory. We didn't spent much time at the factory, after 30 mins kami semua dah ready on bus. Geena pon hairan how we can spent such short time in the factory. Dalam hati kami semua.... amethyst is just amethyst... bukan jewelery pon...! hehe!
 
Next, we headed to Korean cosmetic duty-free shop. Korea memang terkenal dengan product penjagaan kulit dan kecantikan. Product keluaran Korea memang sesuai untuk wanita asia. Mama sempat juga beli Aqua Moisturiser sebab terpikat dengan demo yang ditunjukkan oleh jurucakap di situ. Teringin juga nak ambil BB cream yang katanya boleh tutup jerawat dan kecelaan wajah. Kononnya 90% daripada wanita Korea memakai make up bila keluar rumah. Sepanjang 4 hari mama di Korea, tak ada lagi mama jumpa wanita Korea yang berjerawat! How magic the BB cream was? Tapi mahal jugak harganyer... next time bila datang Korea dengan Achmar, Qaisara & Qistina kita beli sorang satu eh!
 
Kemudian kami menuju ke destinasi yang membuat papa teruja, 2002 World Cup Stadium! Sampai di sini, mama teringat waktu pertama kali papa & mama sampai ke Old Trafford  4 tahun lepas. Dalam kesejukkan yang teramat pon papa sanggup buka jaket untuk bergambar! Those are some of the pictures we managed to snap here!

 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 Wah!!!! banyak nyer gambar papa! Excited betul bergambar kat stadium... Masa upload gambar kat sini baru mama perasan banyak giler gambar papa amek kat sini!

Lepas tu kami pon di bawa ke LOTTE duty free department store. Nama jer duty free, tapi barang mahal nak mampos. Kami semua terkilan jugak sebab tour guide bawa ke tempat duty free dan masa yang diperuntukkan di sini lebih lama dari ke bazar-bazar tempatan. At the end malam baru kami di bawa ke Myeong Dong Fashion street dan kemudian baru  ke Namdaemun Market. Mama & papa ada buat research sebelum datang ke Korea, Dongdaemun market & Namdaemun market adalah tempat shopping yang disukai bila melancong ke Korea. Tapi tour guide kami lebih suka bawa kami ke tempat-tempat duty free sebab she can get comission after all! Terkilan jugak lah rasanya...

Last night in Korea...
 
 
 
 
 
 
 
Day 5
 
We woke up very early. 6.20am bas bertolak dari hotel bawa kami ke destinasi terakhir sebelum ke airport. Mama lupa ape nama tempat tu. We had our breakfast there... Makanan korea.. adeh... x sedap langsung! Next we moved to 2nd floor for our last shopping. Barang di sini agak mahal sikit compared to Dongdaemun & Namdaemun market. Tapi untuk last minute shopping boleh la kot... Mama beli sikit je barang kat sini sebab kebanyakkan dah beli dekat Dongdaemun & Namdaemun... Istimewanya di sini, terdapat perkhidmatan membungkus barang dengan percuma. Mama & papa x lepaskan peluang untuk campakkan barang-barang yang baru dibeli dan barang-barang yang terlebih muatan dalam beg ke dalam kotak yang disediakan dan pembungkusan dibuat dengan kemas dan foc!
 
Kemudian bas terus membawa kami semua ke Incheon International Airport yang terletak lebih kurang 10 minit from the restaurant we had our breakfast & last shopping place. Mama & papa really enjoy the trip and we wish we could bring Achmar, Qaisara & Qistina here satu hari nanti...
 
 
 
Selamat tinggal Korea..... we will miss u!

Nov 15, 2012

Autumn In My Heart - Korea Part 3

Day 4

After had a very simple breakfast at hotel (roti + omelet + salad), kami di bawa ke salah sebuah pusat/kilang memproses Ginseng yang menurut tour guide tempat ini adalah salah satu pusat/kilang di bawah kerajaan Korea. Penerangan diberikan mengenai Ginseng dan perbandingan di antara Ginseng neraga China, Jepun dan Amerika. Dan pastinya jurucakap disini akan mengatakan Ginseng terbaik adalah dari Korea.
 

Depan pusat memproses Ginseng
 
Selepas 1 jam kami dibawa ke National Folk Museum Of Korea.Di muzium ini kita dapat mengetahui budaya masyarakat Korea lama. Ada diantaranya yang masih dibudayakan sehingga kini, tapi kebanyakkannya sudah tidak diamalkan kerana tidak praktikal dengan zaman teknologi kini. Selepas itu kami ke beberapa destinasi lain seperti Kyongbok Palace dan Presidential Blue House. Di bawah ni adalah antara gambar yang sempat mama & papa snap di National Folk Museum Of Korea dan Kyongbok Palace. Presidential Blue House cuma dapat tengok bumbung jer, tidak dibenarkan masuk!



 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Satu lagi tips adalah membawa payung... walaupun kadang-kadang tidak dimaklumkan, tapi membawa payung adalah satu tindakan yang bijak jika kita pergi melancong. Hari keempat program kami sedikit terganggu kerana hujan renyai-renyai. Tapi nasib baik sekejap aje.

Lepas tu kami di bawa ke Bandar Itaewon. Itaewon adalah satu-satunya bandar yang mempunyai restaurant halal. Bagi pelancong beragama Islam, Itaewon pastinya adalah tempat wajib yang perlu dikunjungi untuk menikmati pelbagai jenis makanan halal selain mengunjungi the only Mosque in Korea.

The restaurant we had our lunch
 
opposite foreign restaurant... kaum hawa melawat & membeli roti di bakery
 
Depan restaurant...

 
 
Lepas lunch, kami berjalan kaki menuju ke Masjid untuk solat jamak zuhur + asar.
 


 
 
 
Selepas solat adalah masa yang ditunggu-tunggu... Shopping di Gwang-Jang Market & Dongdaemon Market. Kami tidak digalakkan untuk membeli barang lain selain Korean Silk di Gwang Jang market. Tapi papa sempat juga rembat jaket sebab terlalu berkenan! Di Dongdaemon Market ada 4 blok pusat membeli-belah. Yang paling popular adalah Doota. Di tingkat 5 bangunan ni, kedai 'Arirang' terdapat banyak souvinier yang boleh dibeli dengan kadar harga yang berpatutan. Mama & Papa beli kebanyakkan souvinier di sini.
 
Rasa ralat juga tak dapat pergi ke 3 lagi blok yang lain sebab hujan lebat. Menurut sahabat yang pergi, di blok lain terdapat banyak pakaian kanak-kanak dan harga juga tak terlalu mahal. Tips seterusnya... don't spent too much time in one shop when you go for shopping!
 
Malamnya kami dinner di Marakesh Restaurant (di Itaewon). Memang sedap! Situasi dalam restaurant pon selesa. Alhamdulillah... Kenyang!
 
 
After dinner, we went back to our hotel and met such a very busy traffic in Seoul...
 
Seoul at night
 
End of Part 3...
 
 


 
 


Nov 14, 2012

Autumn In My Heart - Korea Part 2

Day 3
 
Our first night at hotel was wonderful. Hotel Class 300 yang bertaraf 3 bintang ni memang best. Cuma tuala jer yang kureng sket. Tuala mandi sekecil-kecil tuala. Nak balut badan pon tak lepas! Tapi room condition was very awesome! Up to my expectation!
 
Hari kedua mama dapat selsema. Mama selsema agak teruk jugak. Ubat selsema yang tak mengantuk pulak hilang. Kawan mama ada bagi ubat, tapi tak jalan... Sedih... Mama cuba untuk lawan, sebab mama tak nak lepaskan peluang untuk menikmati keseronokan di bumi Korea selama 4 hari 6 malam ini. I try to think positive and fight with my flu...

Breakfast di hotel kena berjaga-jaga. Bukan macam hotel kat Malaysia. Most of the meat are non halal dan ada juga pork yang dihidangkan bersebelahan dengan hidangan seperti sayur. According to our tour guide nasi goreng yang dihidangkan adalah halal since it is vegetarian nasi goreng. Ada juga antara kami yang ambil. Tapi mama & papa kurang yakin so we just had our breakfast with bread, red bean & omelet.... alhamdulillah... kenyang :)
 
Our first destination was Kimchi School. Di sini diajar cara-cara untuk membuat Kimchi. Lepas tu setiap pelawat diberi peluang untuk membuat Kimchi sendiri.  
 
 macam peserta master chef pon ader jugak
 
sebilangan daripada 16 orang dalam group kami

Inilah ramuan-ramuan yang digunakan untuk menghasilkan Kimchi
 
 
Selepas siap membuat Kimchi, kami dibawa untuk mencuba pakaian tradisional masyarakat Korea yang dikenali sebagai 'Hanbok'. Semua orang tak melepaskan peluang untuk beraksi dalam pakaian yang cantik-cantik ini secara percuma memandangkan bayaran memakai  pakaian ini adalah termasuk dalam pakej.  

 all of us
 
maharaja bersama maharani
 



 pose tak hengat!
 
Lepas puas posing, kami bertolak ke Everland. Everland ni ala-ala Disneyland lah kiranya. Selsema mama getting worst. Air hidung & air mata sama banyak keluar! Mama cover dgn sunglass. Nak jalan pon tak larat. Mama banyak duduk je. Cuma 2 benda yang mama & papa naik, cable car & roller coaster. Perghhhh!!!! Roller coaster kat sini tahap tenuk punyer ganas! This roller coaster is the 2nd tallest wooden roller coaster in the world! Mama tak nak naik pada mulanya, tapi papa ajak naik jugak... he will take care of me if anything happen. Well... kesian kat papa... mama pon naik juga roller coaster yang sangat horror tu... dan alhamdulillah... selamat mendarat lepas 10 minit. Terus baik selsema lepas turun dari roller coaster tu! Tapi dalam 10 minit tu Allah saja yang tau 'gelora di hati sara'. Huh! Tobat tak nak naik lagi! 
 


Semua orang kesian tgk muka mama yang selsema
 
sangat tak larat!
 
 
beratur nak naik roller coaster... are u sure???
 
Selepas beberapa minit mendarat
 
 
 Thanks papa... mama dah baik selsema lepas turun roller coaster...  kat belakang tu lah track roller coaster yang mama & papa naik! Can't believe it that I did it! Gilak!!!
 


Gaya bebas ala-ala budak sekolah tadika lepas fobia naik T-Express roller coaster!


Tak banyak gambar yang mama & papa ambil di Everland ni sebab beratur nak naik roller coaster pon dah 80 minit. Tips kalau datang ke sini, ambil gambar puas-puas dulu baru try semua benda di sini. Rasa rugi juga sebab mama & papa tak explore habis pon Everland ni sebab time constrain. Lepas naik shuttle bas keluar dari Everland, kami naik bas agency untuk pergi dinner. Dinner hari ni agak awal sebab lunch tadi kami cuma ditapaukan 2 keping sandwich aje.



 
 Lepas dinner kami terus di bawa ke hotel di pinggir bandar Seoul. Hotel kedua ni 'JBiss Hotel' tidak lah sehebat Class 300 Hotel di luar bandar dekat Mount Sorak kelmarin. Menurut Geena, land price yang sangat tinggi di Seoul adalah salah satu sebab hotel di sini lebih kecil sikit dari hotel kami pada hari pertama. Tapi room condition still OK sebab hotel ni baru. WIFI ada di lobi sahaja, so bila malam mama & papa akan turun ke lobi untuk online.
 
End of story for day 3. To be continued in part 3 ;)