Jan 30, 2014

Achram Oh! Achram

Actually entry kali ni mama nak update pasal sepeninggalan mama pergi kl 20-22 Januari lepas. Kalau tengok balik plan mama untuk dapatkan fresh milk untuk Achram tu, mama cuma dapat 4 x 12 oz aje. Shortage 3 oz each day. Sebabnya, Achram selsema & batuk, dan tak mau minum botol... 

Mama tinggal kat tokyang (12 x 12oz) EBM  dan (4 x 12oz) fresh milk. Sepanjang mama kat kl pula mama cuma dapat 6 x 12oz je... sebab mama bengkak susu. Bila bengkak susu ni pam lah macamana pon, susu keluar setitik dua jer... sakitnya Allah aja yang tau... Bila sampai balik rumah tokyang aja terus mama cari Achram untuk direct feeding... dan Achramlah penyelamat mama dari permasalahan bengkak susu ni :)

Mama terkilan jugak, tak der sapa pon ingat birthday mama 22/1 hari tu. Nasib baik hotel mama dok kat KL tu bagi surprise birthday cake... mama tak lah sedih sangat. Eh! dah tua-tua pon nak seleberet birthday macam teenages ke??? 

Oh! ya... mama teruja sikit semalam, Achram dah cuba nak menterbalikkan diri untuk meniarap. Tapi tak lepas-lepas lagi. Tak pe sayang.. slow and steady ok! 



Jan 16, 2014

Out Station

Alhamdulillah....

Lagi 3 hari genaplah Achram 4 bulan, dan mama masih mampu meyusukan Achram secara ekslusif. Mama bersyukur sangat.. Allah bagi rezeki susu badan mama tak lah semeriah orang lain... tapi cukup untuk imam mama sorang ni...

Hari Isnin depan mama nak pergi KL 3 hari. Mama tak risau pasal bekalan susu untuk Achram. Tapi kalau boleh mama nak prepare fresh milk as much as possible untuk Achram. So mulai hari ni mama plan hasil perahan tidak dimasukkan dalam bahagian sejuk beku.

Mama anggarkan Achram minum 24-30 oz sehari. Paling awal mama boleh sediakan fresh milk untuk Achram adalah pada 16/01/2014 dengan anggapan fresh milk bertahan 5 hari dalam peti sejuk bahagian bawah.

Susu
Tarikh perahan
Kuantiti
Diminum pada

Fresh Milk
16/01/2014
15 oz
20/01/2014

Fresh Milk
17/01/2014
15 oz
Fresh Milk
18/01/2014
15 oz
21/01/2014
Fresh Milk
19/01/2014
15 oz
EBM (frozen)
-
30 oz
22/01/2014

TOTAL
90 oz


Mama harap misi mama berjaya lah sebelum mama berangkat ke KL 20hb nanti :) Jadual ni adalah susu paling banyak mama boleh produce untuk Achram.... Paling sikit??? Errrrr....Kalau misi tidak berjaya terpaksalah mama sparekan EBM (frozen) untuk anak mama... yang tu mama tak risau sangat... sebab stock EBM (frozen) memang cukup... Ini gambar latest stock EBM ;)


Satu lagi benda mama risau.... mama tak pernah lagi berenggang dengan Achram lebih dari 10 jam. Kalau cik B bengkak macamana? Ohhh!!! Tidakkkk.... harap2 semuanya berjalan dengan lancar... Allahumma yassir wala tu 'asir ya karim....