Hari nie, 7/9/2008 genaplah sebulan umur anak aku.selamat hari ulang bulan Achmar Humaira dari papa n mama..
Sebulan yang lepas, Achmar Humaira selamat dilahirkan di Hospital Kulim tepat jam 6.15 petang.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, Pukul 3 petang isteriku mengadu sakit, sangka ku sakit yang biasa. Aku ajak dia pergi ke klinik. Dalam perjalanan sakitnya semakin menjadi-jadi.. Lepas telefon mak, mak suruh aku terus bawa ke hospital. Apalagi, pecut lah aku dari Seberang Jaya ke Kulim, sebab isteriku dari awal lagi sudah beritahu mahu bersalin di Hospital Kulim. Sampai di Hospital Kulim lebih kurang pukul 4 petang. Lepas daftar di unit kecemasan, isteriku dibawa masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Lepas lebih kurang 1 jam menunggu aku jadi bosan, tiada khabar apa tentang isteriku. Bagaimana keadaannya, sakit lagi ka... dah nak bersalin ka.. tiada pula jururawat atau sesiapa keluar bagitau apa-apa. Kalau nak diikutkan due date nya lagi 2 minggu. Tak lama lepas tu muncul seorang jururawat di depan bilik menunggu, menyebut nama isteriku. Terus aku bangun dan dia mengajak aku masuk ke labour room. Sampai saja di labour room, aku lihat isteriku sudah 'stand by' dengan keadaan separuh sedar di atas katil. Aku terus memegang kepalanya.. kalau nak ikutkan aku pon takut tengok keadaan dia, tapi aku cuba bagi dia semangat, tah apa yang aku sebut pon aku tak tau masa tu... Dengan 2 kali cubaan, dia selamat melahirkan seorang bayi comel yang sudah lama kami tunggu. Aku lihat bagaimana anakku keluar dari rahim isteri ku, dengan badan yang masih berlumuran dengan air yang berwarna putih dan suara tangisan yang kuat membuatkan isteriku lega. Aku terus mengazankan Achmar Humaira.... Sayang papa, selamat datang ke dunia!
No comments:
Post a Comment