Berlalu sudah episod pahit yang mencengkam perasaan
Dan terjadilah satu titik hitam yang penuh dengan pengajaran
Semoga tiada lagi yang lebih perit dari itu
Kerana seandainya ada,
Maka matilah jiwa ini
Semoga ia digantikan dengan sesuatu yang lebih membahagiakan
Untuk merawat kedukaan dan kesakitan itu
Demi untuk mama teruskan tanggungjawab
Untuk membesarkanmu anakku
No comments:
Post a Comment