Maira demam panas... sejak jumaat lepas. Lepas balik dari sekolah mama mandikan Maira mama dah rasa lain tengok bintik-bintik kat belakang badan Maira. Malam tu jugak papa bawa Maira pi klinik dan docr sahkan Maira campak...... Doc suruh Maira rehat kat rumah... Kesian anak mama.. Makin hari makin banyak campak keluar... terusik hati mama bila sabun kan Maira mandi... mama dapat rasa biji-biji di seluruh badan Maira... Hari pertama Maira tak nangis... tapi masuk hari kedua & seterusnya badan Maira makin panas... Mama sayu nak pergi kerja bila dengar rengekan Maira...
Diari kesedihan mama tak berakhir disitu. Dalam Maira tengah demam campak... Allah uji mama & papa lagi dengan Qaisara. Semalam, lebih kurang jam 11.30 malam, Qaisara jatuh tangga... dahi berlubang. Allahu Akhbar!
Maafkan mama sayang... mama cuai! Mama lalai dengan amanah yang Allah berikan pada mama.! Tergolek Qaisara jatuh berguling di tangga. Malam semalam suara tangisan Qaisara memecah kesunyian Taman Wakaf Seetee Aisah. Kenapalah mama cuai sangat...
Terus mama & papa bawa Qaisara ke hospital... Doc cakap luka memang dalam, tapi vertical. Jadi doc buat dressing dan gam saja. Qaisara memang anak yang kuat. Tak nangis langsung sepanjang rawatan. Alhamdulillah... Qaisara tak perlu ditahan di wad.
Bila tokyang & tokwan tahu nanti mesti mama kena marah. Maafkan mama sayang... mama x sengaja...Kalau boleh mama nak tanggung semua kesakitan anak-anak mama...
1 comment:
Thanks ita.... Maira dah baik... Qaisara & Qistina pulak kena... jenuh bersilat aku!
Post a Comment