Dec 26, 2008

Selamat Pengantin Baru!

Tahun 2008 adalah pengalaman indah untuk mamu Najib....pada 10/12/2008 di Tumpat, Kelantan....pada hari jadi tokwan...mamu najib dah jadi suami orang dengan 1 lafaz! Alhamdulillah.... semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya berlaku sedikit kekalutan dalam perjalanan kami dari hotel ke rumah pengantin perempuan.

Tengah hafal Rukun Iman & Rukun Islam...

Tok Kadi: Rukun Islam ada berapa ?
Mamu Najib: Kacang aja tu Tok Kadi...


Salam dengan tok lepas selamat menjadi suami orang


Tokwan : Nganga luas siket.... nak suap banyak ni..!


Lepas balik dari Kelantan, kenduri di Kulim 14/12/2008... Selamat pengantin baru mamu....semoga kekal ke anak cucu....



Dan kini....inilah gambar seluruh ahli keluarga Maira sebelah mama setakat ini..... Psssstttt...! mami linda, tahun depan maira dapat sepupu baru ekkk?!

Dec 25, 2008

Tree Top Walk @ Sungai Sedim

Hari ni public holiday.. pagi tu bangun awal...papa dgn mama plan dengan mamu g, tok & tokwan nak pi tree top walk kat sg. sedim. Bertolak dari seberang jaya pukul 7 pagi, sampai kulim tengok-tengok mamu g tak siap lagi...malam sebelum tu yok yoooo suruh mama balik awal sebab nak pi berkelah!

Lepas siap2, pukul 10.30 baru bertolak dari kulim pi sg. sedim. Dalam perjalanan hujan renyai-renyai lah pulak... ni yang tak best ni... dah plan nak bakar hotdog,burger bla..bla..bla!... Bila sampai, mama,tok & maira lepak dalam keta dulu, sementara tokwan,mamu g & papa pi pasang khemah. Nasib baik bawa khemah, ada jugak tempat berteduh di kala gerimis pagi itu memecah kesunyian rimba sg. sedim.

Alhamdulillah...at last hujan berhenti. Apa lagi, mama,papa & mamu g tak lepas peluang untuk mandi..hahaha! Dah lupa kat bucuk mama yang ada dalam khemah dengan tok & tokwan. Lepas puas mandi, kami pi tree top walk... best gak la jalan kat situ, dapat juga kenal pokok-pokok hutan such as pokok kulim,pokok mahang,pokok cengai, dan favourite papa, pokok petai! Tok wan siap ambik daun pokok mahang & pokok kulim lagi...nak bawa balik tunjuk kat tok yang tunggu Maira dalam khemah.

Dec 19, 2008

Confirm tak dapat job tuh!

Hari khamis lepas mama pegi interview kat JKR di KL. Papa cadangkan tinggal Maira kat opah di Ipoh... Bukan mama dengan papa sengaja nak tinggal buah hati kami, tapi kami takut Maira tak selesa nanti, sebab mungkin mama dengan papa nak naik LRT aja nak cari tempat interview tu...


Mama orang pertama yang kena interview pagi tu...gementar, gelabah,cuak..semua ada... bila masuk bilik temuduga, panel suruh perkenalkan diri...mama ok lagi... lepas tu diorang suruh mama terangkan maksud intergriti yang selalu dilaungkan oleh Pak Lah dalam perkhidmatan awam. Aduhaiiii...kenapa lah diorang tanya mama soalan ni... lepas dekat 10 saat mama dok terkulat-kulat tanpa sebarang kata-kata, mama pon cakap kat panel tu, boleh tanya saya soalan lain tak, saya tak reti jawab soalan tu!" muahahahaha....panel yang 2 orang tu pon bantai gelak dekat mama.... Mama dah tau...kompem mama tak dapat job tuh... keluar bilik temuduga terus mama nangis pegi dekat papa...uwwwwaaa!!!!!


Masuk dalam keta, mama nangis lagi... dalam keta, atas highway, papa tengok mama dok tension lagi, pastu papa bawa mama gi cameron highlands.... cian bucuk mama x dapat ikut.... Tapi mama beli stoking untuk bucuk mama kat sini...

"Hai la panel.... mengapa soalan bangang itu yang ko tanya!!!!?"


Nov 11, 2008

Nov 2, 2008

Di pagi hari bekerja

Mama rasa nak tulis lagi hari ni…Hihi! Blog ni papa yang buat, tapi 2 post pertama tu aje la papa tulis…Time dia excited nak cerita pengalaman dia bawa mama gi hospital masa nak bersalin kat Maira dengan lagi satu masa Maira baru lahir dulu…kejap-kejap papa snap gambar Maira…kejap-kejap papa snap lagik! Pastu terbitlah post yang kedua tu…Papa cerita pasal papa dapat pangkat ayah…pastu papa dah cool…

Mama baru sampai office… macam biasa perkara pertama yang akan mama buat, mama buka email,selalunya awal minggu macam ni mama akan terima email dari babycenter.uk, cerita pasal perkembangan anak mama yang sorang ni.. Sekarang Maira dah 2 bulan 3 minggu. Tangan dan jari-jari comel anak mama dah boleh merasa..tapi mama tak boleh expect Maira tengok apa yang Maira pegang…kadang-kadang Maira tak tau pon yang Maira tengah pegang jari mama…

Maira sekarang dah pandai berkomunikasi dengan mama&papa…Bila mama sembang-sembang dengan Maira, Maira muncung-muncung mulut…suara Maira bunyi uuuuu…uuuu… aja… Mungkin Maira nak cakap “Mama, mama pegi mana seharian…pagi-pagi dah hantar Maira kat rumah mami,petang baru amek Maira balik….” Cian nyer anak mama ni… Mama pegi keja lah sayang…Sesekali bila Maira senyum, comel sangat…alahhhhh…anak mama ni tak senyum pon comel jugak…! Macam mama dia kecik-kecik dulu la…uhuuu!!! Mama suka bila Maira terus berkomunikasi dengan mama…kadang-kadang Maira bercerita dengan Mama,punya excited anak mama ni bercerita, sampai terlonjak-lonjak badan dier… mama ye kan aje…

Hari ni mama hantar Maira awal kat rumah pengasuh. Masa mama bagi Maira kat mami, Maira tenung mama…tapi Maira tak nangis.Maira tengok mama sampai mama hilang dalam lif…sayu hati mama.. Mama sedih sebab terpaksa tinggalkan Maira kat rumah mami… Sorry sayang…mama nak pegi keja.Maira duduk dengan mami dulu ya…. Mami baik juga, mami jaga Maira,bagi Maira susu,bagi Maira mandi…Petang nanti papa datang jemput Maira awal ya sayang…Pastu kita main lagi ya sayang..Mama janji mama main dengan Maira nanti sampai Maira tido. Maira…. Buah hati mama&papa…anak mama yang comel ni dah pandai meragam…dulu dia suka tido aje…

Hari Sabtu lepas kawan papa,uncle Zuhdi datang…dia datang dengan wife & anak dia… nama Humaira jugak…dah 6 bulan…Dulu masa dia baru lahir papa pernah bawa kita pegi tengok Humaira ni kat Perlis. Tapi masa tu Maira dalam perut mama lagi la.. Mama mengandung 6 bulan masa tu. Anak uncle Zuhdi,Humaira ni comel…montel sangat!…mama harap anak mama nanti montel macam tu jugak…Time diorang datang, Maira asyik meragam aje…nak kena dukung sentiasa…sampai mama tak leh nak borak dengan auntie. Maira nak tunjuk perangai dengan kawan papa ye….hai la sayang mama ni…mama nak marah tapi mama sayang sangat kat dia….tak jadi nak marah…mama cium pipi Maira kiri&kanan…Ummmmuuuuaaaaahhhhh!!!
Oklah sayang… mama nak buat keja ni…nanti mama sambung k….

Nov 1, 2008

Maira pi jumpa Widaad



Ari ni ari khamis... Mama dengan papa bawa Maira pi jumpa Widaad...lama tak jumpa widaad,rindu kat Widaad....! Maira sampai aja Widaad dah tunggu kat depan pintu rumah. Seronok dia jumpa sepupu yang dah lama tak jumpa.(Baru sebulan aja pon,sejak raya hari tu).




Dekat Melaka baru mama dengan papa perasan muka Maira merah sangat,macam udang kena bakar...kesian bucuk mama...esok kita pegi klinik ya....


Hmmmm.... Doctor kata muka Maira jadi macam tu mungkin sebab tergesel dengan baju mama&papa...Detergen yang mama dengan papa pakai mungkin tak sesuai dengan Maira...Sensitive nya kulit anak mama ni... Doktor kasi cream,ubat & set mandian untuk Maira... Lepas bagi ubat, Maira tidur aje...Mama dengan papa bawa pi jalan-jalan pon Maira layan tido aje...

















Tima kaseh Ummi...Maira suka mai rumah Ummi...Ummi rajin layan Maira... Maira tangkap gambar dengan Ummi,mama& Widaad.... cheese......!!!!

Oct 22, 2008

Igauan...

Musim silih berganti, dan ia terus menjadi igauan ngeri. Bukan sahaja menghantui setiap hari yang perlu aku lalui, bahkan menyelinap ke dalam setiap mimpi-mimpiku dinihari.Aku perlu melaluinya dengan penuh sengketa. Aku sentiasa berlari dan menghindari...namun ia seakan enggan melepaskan aku pergi dengan senang hati.......

Barangkali





Barangkali....
Angin bertiup kencang malam ini
Sehingga ombak besar memukul pantai
Memercikkan buih di bibir laut
Dan kala itu berubahlah pasirnya

Barangkali...
Awam hitam berarak tebal
Sehingga menutup indahnya bulan
Menambahkan gelap malam yang sepi
Dan kala itu sunyilah nian

Barangkali...
Hujan lebat telah turun
Sehingga unggas malam tidak berirama
Menyanyikan lagu alam
Dan kala itu sepilah malam....


Oct 14, 2008

Maira sayang...




Maira....
Sejak Maira hadir dalam hidup mama&papa, hidup kami lebih bermakna. Semua orang geram tengok Maira. Semua orang nak cubit pipi anak mama yang sorang ni. Mama bangga dengan Maira. Mama & papa sangat bersyukur dengan anugerah yang Tuhan berikan pada kami.
Maira....
Sejak Maira hadir juga hidup mama lebih bermakna. Mama tak pernah kesal dengan tanggungjawab yang semakin bertambah ini, kerana sudah lama mama&papa nantikan kelahiranmu sayang...Mama tahu papa juga begitu. Sayang...cepat besar ya...dan jadi anak yang baik.. Mama & papa sayang bangat sama kamu!!!!




Oct 10, 2008

Maira mengantuk ke sayang....?


Sayang senyum sikit....mama nak tangkap gambar ni!




Maira.... janji dengan mama&papa jadi anak yang baik ya sayang....!





Si pipi merah mama & papa.... We love you ACHMAR HUMAIRA!




















Aidil Fitri lebih bermakna

Kalau raya tahun lepas kali pertama kami raya sebagai suami isteri, raya tahun ni raya pertama sebagai mama & papa.. Hari raya pertama ni Maira 56 hari... tido aje dia.... tak per lah Maira... papa dengan mama tak marah... janji Maira sihat jer!












Raya pertama di Kulim : Maira kawan dengan Widaad... Eh! Mana lagi satu najib?????





Widaad tengok apa tu... Maira pulak tido sampai lentok kepala!




Mak & abah di samping cucu... tok nek di tengah senyum aja!


















New parents.... ada talent tak jadi bapa mithali nih???


















Raya kedua di Chemor: Maira kawan dengan Xinnirah...Majlis berendoi.


















Mama dengan papa pon tak sempat bersiap Maira oi!!!


















Papa sempat lagi berkaraoke lepas majlis berendoi & cukur jambul!

Sep 7, 2008

Buah hati papa & mama

Achmar Humaira buah hati papa & mama...
Hadirmu menyeri hidup kami
Mengikat kasih sayang
Mewarnai hidup menambah kebahagiaan

Kecil bibirmu mengasyikkan mama
Bulat matamu mendamaikan papa
Nyaring tangisanmu mengembirakan mama
Tidur lenamu membahagiakan papa

Akan papa dodoikanmu dengan dendangan kasih
Akan papa selimutkanmu dengan belaian sayang
Semoga kau menjadi anak yang berguna
Yang bijaksana dan mulia
Yang diredhai dan diberkati....

Dapat pangkat ayah

Hari nie, 7/9/2008 genaplah sebulan umur anak aku.selamat hari ulang bulan Achmar Humaira dari papa n mama..

Sebulan yang lepas, Achmar Humaira selamat dilahirkan di Hospital Kulim tepat jam 6.15 petang.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, Pukul 3 petang isteriku mengadu sakit, sangka ku sakit yang biasa. Aku ajak dia pergi ke klinik. Dalam perjalanan sakitnya semakin menjadi-jadi.. Lepas telefon mak, mak suruh aku terus bawa ke hospital. Apalagi, pecut lah aku dari Seberang Jaya ke Kulim, sebab isteriku dari awal lagi sudah beritahu mahu bersalin di Hospital Kulim. Sampai di Hospital Kulim lebih kurang pukul 4 petang. Lepas daftar di unit kecemasan, isteriku dibawa masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Lepas lebih kurang 1 jam menunggu aku jadi bosan, tiada khabar apa tentang isteriku. Bagaimana keadaannya, sakit lagi ka... dah nak bersalin ka.. tiada pula jururawat atau sesiapa keluar bagitau apa-apa. Kalau nak diikutkan due date nya lagi 2 minggu. Tak lama lepas tu muncul seorang jururawat di depan bilik menunggu, menyebut nama isteriku. Terus aku bangun dan dia mengajak aku masuk ke labour room. Sampai saja di labour room, aku lihat isteriku sudah 'stand by' dengan keadaan separuh sedar di atas katil. Aku terus memegang kepalanya.. kalau nak ikutkan aku pon takut tengok keadaan dia, tapi aku cuba bagi dia semangat, tah apa yang aku sebut pon aku tak tau masa tu... Dengan 2 kali cubaan, dia selamat melahirkan seorang bayi comel yang sudah lama kami tunggu. Aku lihat bagaimana anakku keluar dari rahim isteri ku, dengan badan yang masih berlumuran dengan air yang berwarna putih dan suara tangisan yang kuat membuatkan isteriku lega. Aku terus mengazankan Achmar Humaira.... Sayang papa, selamat datang ke dunia!