Feb 5, 2014

Peliharalah Mulut Bila Berbicara



Wahai anak-anak mama yang mama sayang sekalian... jagalah mulut bila berbicara. Mama mahu anak-anak mama menjadi manusia yang berbudi pekerti mulia, bukan sahaja luaran tapi hati dan nurani.

Achmar, Sara, Tina & Achram,

Mama mungkin bukan seorang ibu yang terbaik, tapi mama selalu cuba untuk buat yang terbaik untuk kalian, supaya anak-anak mama menjadi insan berguna bila kalian dewasa nanti. Anak-anak mama sayang... jagalah mulut daripada berbicara perkara-perkara yang tidak baik.

Mulut menjadi bahagian penting dalam kehadiranmu di hadapan orang. Maka jagalah dan peliharalah baik-baik. Tidak perlu bermuka-muka dalam keterpaksaan, cukup sekadar budi bicara dan pengolahan dengan rasa tulus yang jauh dari kepura-puraan... kepura-puraan yang sengaja dengan niat untuk membuat orang yang mendengarnya cukup terasa... ataupun ketidaksengajaan yang kita sendiri tidak tahu hingga bila-bila... Hanya orang yang mendengar dan Allah sahaja yang tahu.

Mama mahu anak-anak mama terdidik dengan kesusilaan yang sangat tersusun rapi, disenangi dan yang paling penting mengikut lunas-lunas yang digraiskan syariat. Berbicaralah dengan lembut dan penuh rasa hormat, terutamanya dengan orang yang lebih tua.



Feb 4, 2014

Percaya Pada Allah Dan Kamu Tidak Akan Kecewa

Percaya pada Allah .... dan kamu tidak akan kecewa... dengan syarat kamu berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Dia. Allah suka kepada hambaNya yang selalu berdoa meminta. Oleh itu, tunjuklah kesungguhan kita untuk memiliki sesuatu dengan sentiasa berdoa.. kerana hanya Dia lebih tahu waktu yang tepat untuk dimakbulkan doa hamba-hambanya...

Bila kita berhadapan dengan masalah, pasti akan rasa tertekan, kecewa, marah dan macam-macam perasaan lagi. Sebaik-baiknya kita elakkan dari mengadu dan melepaskan kepada manusia, tetapi berserahlah kepada Dia. Menangislah di atas sejadah, dengan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lampau. Mungkin dengan dosa-dosa lalu hidup kita dihimpit rasa ketidaksempurnaan yang kita sendiri wujudkan. Merataplah pada Dia, mohon dengan bersungguh-sungguh... sehingga kita rasa puas. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar ...  Cubalah untuk membetulkan keadaan diri, cuba perbaiki kelemahan. Yakin dan Redha dengan ketentuanNya.

Kita bukan nabi yang bersifat maksum. Kita masih dan sentiasa berdosa. Walau siapa pun kita, yakin lah dengan Allah! Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu tanpa sebab. Kerana Dia Maha Mengetahui. Dia Perencana Terhebat... dan ingatlah Dia Maha Agung!






Feb 3, 2014

Akhirnya....!

Finally.... Achram berjaya untuk menterbalikkan diri juga...

Tina cakap 'mama...tenokkkk! Atam atuh..anes..' Mama tengok aje Achram dah cium tilam... tak larat tahan kepala lah tu! hehehe.. tak per sayang.. pelan-pelan... Kak maira, Kak Sara, Kak Tina dulu pon macam Achram jugak... tapi mama rasa diorang dapat meniarap awal sikit dari Achram..

Alhamdulillah, pada usia 4 bln 10 hari Achram dah boleh meniarap... Go! Achram Go! Banyak lagi step nak sampai tahap boleh berjalan ni... apa pon practice makes perfect dear!

Maira turns 6, Sara & Tina 3 and imam kecik mama Achram Daniel 4 bulan 15 hari...  Wow... semakin tua mama rasa.. takut juga tumbuh uban ni... Apa pon kalian adalah antara perkara terbaik dalam hidup mama... luv u all!