Sep 26, 2012

Di Sebalik Kekurangan Tersembunyi Kelebihan!

Hari ni hari Rabu. Semalam mama pergi tampal gigi & dapat medical leave.  Alhamdulillah Allah kurniakan nikmat kesihatan pada mama & papa, dan kami dapat menghayati kenikmatan hidup bersama Maira, Qaisara & Qistina.
Hari ni mama terpanggil untuk menulis sesuatu yang mama rasa sangat perlu untuk mama hargai dan syukuri. Last few days mama ada call tok yang. Dalam borak yang panjang lebar  tu, salah satu topic yang mama bangkitkan pada tokyang adalah perihal kawan mama seorang doctor. Mama bagitau tokyang kawan mama tu, umur sama dengan mama, tapi dia sekarang sudah di gred 48!
Jawapan tokyang ringkas tapi penuh bermakna…. Tokyang  jawab pada mama, “Suhana pon kalau tambah nikmat  Shahril,Maira, Qaisara & Qistina yang Allah bagi dah sampai 48”. Mama terdiam. MASYAALLAH….. kenapa mama tak pernah sedar itu semua selama ini…. Lalu mama jawab pada tokyang… “Mak, kalau tambah itu semua, bukan 48 lagi, ana dah jadik lebih atas TURUS, jawatan Ketua Setiausaha Negara ! Subhanallah….. lepas letak telefon sembang dengan tokyang… meleleh air mata mama….betapa besar dan tidak ternilainya nikmat yang Allah berikan pada mama selama ini… Ampuni aku ya Allah…. Sungguh aku alpa dengan nikmat yang kau anugerahkan kepadaku selama ini….
Allah itu Maha Adil. Setiap apa yang berlaku dan tidak berlaku adalah atas kehendakNya. “Man jadda wa jadda”…..  Jangan kita mahu jadi apa yang kita mahu jadi, kerana apa yang kita mahu jadi belum tentu adalah yang terbaik untuk kita. Dialah yang Maha Mengetahui, dan Dia aturkan hidup hamba-hambaNya dengan KekuasaanNya yang Maha Agung!

 

Sep 18, 2012

Malaysia Day


2 Zulkaedah 1433H. Sudah 2 hari Syawal berlalu…. Selasa adalah hari pertama untuk mama bekerja minggu ni. Last Sunday was ‘Malaysia Day’, dan mama dapat cuti sampai hari Isnin. Papa  keje & kelas L. So we just went through our long weekend di rumah. Nak balik rumah tokyang pon tak berbaloi sebab papa ada kelas half day noon on Saturday & half day morning on Sunday. Kawan mama yang tinggal dekat Taman Pauh Jaya pon kawen… dekat sangat kalau tak pi nampak sangat mama anti-social!

However, I really had a great weekend with my great kids! Kadang-kadang gelagat anak-anak mama buat mama tersenyum sorang-sorang. Kadang-kadang terbakar juga hati mama bila you all asyik buat perangai! Mama masih lagi belajar untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang baik…

Tiba-tiba mama tersenyum sendirian…. Teringat  seorang kawan yang baru mama kenal… Dia terkejut sampai melelong kereta yang tengah dia pandu when he got to know I’m a mother of 3 kids!  Mama tanya dia “Kenapa? Nampak macam anak 5 ke?” then he answered “ Bukan, nampak macam tak ada anak lagi” Hehehe!... But when I told papa… papa buat muka selamber badak jer! Papa tak jealous ke? Huhuhu….

Qistina dah boleh berjalan a week before her 1st birthday… Tertonggek-tonggek anak bongsu mama jalan… I’m so happy to see my  kids growing up in front of my eyes! Tapi Qaisara baru boleh setapak – dua aja until the day I post this entry. It’s OK my dear….! Take your time… PERMAISURI  mama akan boleh jalan tak lama lagi… kena makan banyak sikit bagi kuat dan berisi macam adik Qistina OK!

Kak Maira pula dah semakin ligat sekarang.Mama bangga dan terharu when I noticed her capability to take care of her 2 little sisters. Kak Maira dah pandai simpan barang mainan lepas main, dah pandai pujuk adik bila adik nangis. And she managed to look after her sisters while her mom goes to shower. Thank you sayang… Mama bangga sangat dengan Achmar Humaira. Semoga kata-kata orang sekeliling tentang kepetahan dan kepandaian Maira merupakan satu doa dan mama juga sentiasa memanjatkan doa ke hadratNya semoga anak-anak mama menjadi anak-anak yang solehah, mendengar kata orang tua, beriman dan bijaksana! Aminnnn….

 

Sep 10, 2012

Catatan syawal

Hari ni dah 23 syawal... cepat betul masa berlalu.. rasa macam baru semalam takbir raya berkumandang... 6 hari lepas QnQ  genap 1 tahun... alhamdulillah dah besar anak kembar mama... Sambutan tak lah meriah mana, papa belanja makan kat luar aje...
 
Seminggu lepas raya, lepas naik keja mama dengan papa kena pi KL. Papa pi interview, mama ada technical talk kat HQ. So mama & papa terpaksa tinggal Maira, Qaisara & Qistina kat makcik awal pagi tu.
 
Sampai airport papa terus bawa keta masuk balai. Papa minta anggota yang hantar kami ke terminal... pasking keta kat Balai ongkosnya free gitu! Sampai di KLIA mama naik kenderaan jabatan ke pejabat, papa dengan kawan papa ke AFRS untuk temuduga.
 
Sesi temuduga papa went very smoothly.  Mama sedih sikit hari tu sebab kena marah dengan boss sebab kesalahan orang lain. Mood mama pon tak lah baik sebab hormon tak puas hati merembes ke seluruh kelenjar dalam badan!
 
Bila petang, mama sampai terminal dulu dulu. Papa masih kat AFRStunggu awan habis interview. Lepas papa sampai kami check in sama-sama dan terus naik flight untuk balik jumpa anak-anak yang seharian kami tinggalkan...

Dalam flight.... dah nak balik ;)

Sampai di airport Penang.... jeng... jeng.... jeng... dah lama papa suruh mama post kan gambar ni... papa suruh mama snap gambar papa dengan dia kat airport. Tapi mama x berani nak letak dalam FB :) Sini aje yer papa!
 
 
Cewahhhh.... senyum sampai ke telinga papa! Maira, Qaisara, Qistina tak kenal ke sapa ni? Errmmm.... tak pe... bila besar nanti, masuk sekolah mungkin akan ada nama dia dalam buku teks sejarah (itu pon kalau silibus matapelajaran sejarah dikemaskini la)