Feb 9, 2011

Maira nak jadi kakak!

3 February 2011.... Doktor Nasran sahkan mama dah 5 weeks pregnant! Dalam erti kata lain Maira akan dapat sorang adik dan akan jadi kakak tak lama lagi :) What a wonderful life!

Alhamdulillah.... bersyukur mama ke hadrat Illahi dengan rezeki yang Dia turunkan kepada kita sekeluarga. Mama cuba jelaskan yang Maira akan dapat adik... Maira angguk aje..tapi mama tak pasti setakat mana Maira faham dengan hakikat ini.

Maira mula cerita pada tok yang 'baby ada dalam perut mama'. Maira nampak macam seronok nak dapat adik, tapi dalam masa yang sama Maira semakin suka merengek dan buat perangai. Tok yang cakap Maira nak alah dengan adik, sebab tu Maira buat perangai macam tu... Ketahuilah sayang... kasih sayang mama dan papa pada Maira takkan kurang sedikit pon... Mama dengan papa sayang Maira dan adik Maira yang akan lahir nanti!