Jul 17, 2012

Marhaban Ya Ramadhan....!


Tinggal lagi 3 hari kita akan sambut Ramadhan… Teruja pula mama nak sambut Ramadhan dalam keluarga besar kali ni. Insyaallah Mama, Papa & Achmar akan menyambut Ramadhan dengan kehadiran ‘sinaran’ (Dhia)  adik baru Achmar.

Mama bahagia….. sangat bahagia… dan mama sangat bersyukur ke hadrat Illahi di atas anugerah yang tidak ternilai ini. Qaisara…Qistina… terima kasih kerana menambahkan lagi sinaran dalam hidup mama.
Mama dapat rasakan Ramadhan kali ni mama tak dapat ke masjid untuk berterawikh (macamlah tiap2 tahun mama berterawikh penuh!). Walau bagaimanapun mama akan cuba untuk qatam Al-Quran 30 juzuk Ramadhan kali ni (tahun lepas sampai juzuk 22 kot) Untuk tahun ni mama dah start…tapi baru juzuk 2. Harap-harap niat mama seirinig dengan usaha mama J.

Achmar, puteri bijak mama memang boleh diharap. Pandai jaga adik. Pandai menilai baik & buruk… Alhamdulillah, Maira senang diasuh & tidak menyusahkan mama. Kalau mama rasa susah pon, itu semua berpunca dari kelemahan diri mama, bukan sebab anak mama tak dengar kata mama.


Papa… my other half. Sudah 5 tahun kami bina mahligai perkahwinan ini… dan mama sangat bahagia  menikmati kehidupan sebagai isteri kepada Shahril b. Mohamad Ramli. Mama bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang baik seperti papa. Alhamdulillah..
Ya Allah…. Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibubapa kami dan dosa adik-adikku. Kau kurniakanlah kesihatan yang sejahtera kepada kami. Kau berikan lah kami kecukupan yang tidak terhingga sehingga kami tidak lagi merasa susah dalam membesarkan anak-anak kami dan menjalani kehidupan di muka bumiMu ini… Kau sejahterakanlah  nenda, ampunilah segala dosa-dosanya dan Kau letakkanlah dia di kalangan orang yang beriman…. Amin…