Jul 19, 2012

Mama Sakit Gigi

Ini bukan lah kali pertama mama cabut gigi. Tapi gerun dari zaman sekolah sampai sekarang memang sama. Orang kata pengalaman mengajar kita ... tapi pengalaman cabut gigi tak pernah ajar mama apa-apa!

July 17th, mama akur dengan kesakitan, terpaksa juga mama jejakkan kaki lagi ke klinik gigi setelah kurang lebih 8 tahun sebelum mama kawen dulu. First time dengan doktor perempuan, mama awalnya tak berapa yakin.

Petang tu, papa temankan mama untuk ke Klinik Pergigian Wan Harzita di Bertam. Lepas daftar, tiba-tiba ada arus elektrik masuk dalam badan, bikin mama menggeletar! Mama ajak papa balik tak mau jumpa dentist! Tapi lakonan itu tidak menjadi. Bila nama mama dipanggil saja, papa tersengih-sengih suruh mama masuk. Mama heret papa sekali sebab mama rasa macam badan mama dah tak ada darah!

Masuk aja dalam bilik doktor, terus kena tegur kenapa muka mama pucat macam orang nak tunggu hukuman gantung. Bila duduk atas dentist chair tu terus menggeletar bibir! Perghhh ! cuak tahap gaban! Tapi, approach Dr. Wan Harzita ni memang kelas A! Walaupun masih takut, tapi mama betul-betul fokus dengan 'masakan gulai ikan kering' macam yang Dr Wan Harzita cakap, sambil kerodek gigi mama, dia cerita step by step cara nak masak gulai ikan kering! Mama bayangkan gulai ikan kering sampai mama boleh bau wangi tumis darat gulai ikan kering tu!!! Cayalah Dr. Wan Harzita! Tiba-tiba aja Dr. Wan Harzita suruh mama kumur mulut, gigi dah cabut katanya. Perghhhh!!! sungguh tidak kusangka.... Gulai ikan kering berjaya bawa mama jauh dari perasaan cuak nak cabut gigi!

Mama happy. Mama rasa inilah kali pertama cabut gigi tak sakit! Seronok sangat! Balik rumah tokwan & tokyang ajak pi expo di UiTM. Mama layan jer... gigi masih kebas... makan memang tak rasa ape, tapi mama makan jugak!

Balik jer rumah kebas dah hilang. Darah mula keluar. Mama kena ludah darah ketol-ketol setiap 15 minit. Mama tido pon tak selesa. Habis baju & bantal kena darah pekat yang sangat banyak! Sakit tu tidak, tapi sebab banyak sangat darah keluar, sampai mama pening. Air liur pon rasa darah. Esoknya pergi semula klinik. Baru mama tau lepas cabut gigi tak boleh berkumur! Huk...! Tapi klinik cakap bleeding 8-9 jam lepas cabutan tu normal. Waaaaa... baru mama tau. Patut pon mama dapat mc for the next day lepas cabut gigi tu...


'Cabutan Gigi Geraham'.... Perghhhhh

Mama harap anak-anak mama jaga lah gigi baik-baik. Jangan jadi macam mama, baru umur 31 dah 4 batang gigi geraham kena cabut! waaaaa.... nak mengunyah mcmana lepas ni....

Lepas 36 jam cabut gigi


Jul 17, 2012

Marhaban Ya Ramadhan....!


Tinggal lagi 3 hari kita akan sambut Ramadhan… Teruja pula mama nak sambut Ramadhan dalam keluarga besar kali ni. Insyaallah Mama, Papa & Achmar akan menyambut Ramadhan dengan kehadiran ‘sinaran’ (Dhia)  adik baru Achmar.

Mama bahagia….. sangat bahagia… dan mama sangat bersyukur ke hadrat Illahi di atas anugerah yang tidak ternilai ini. Qaisara…Qistina… terima kasih kerana menambahkan lagi sinaran dalam hidup mama.
Mama dapat rasakan Ramadhan kali ni mama tak dapat ke masjid untuk berterawikh (macamlah tiap2 tahun mama berterawikh penuh!). Walau bagaimanapun mama akan cuba untuk qatam Al-Quran 30 juzuk Ramadhan kali ni (tahun lepas sampai juzuk 22 kot) Untuk tahun ni mama dah start…tapi baru juzuk 2. Harap-harap niat mama seirinig dengan usaha mama J.

Achmar, puteri bijak mama memang boleh diharap. Pandai jaga adik. Pandai menilai baik & buruk… Alhamdulillah, Maira senang diasuh & tidak menyusahkan mama. Kalau mama rasa susah pon, itu semua berpunca dari kelemahan diri mama, bukan sebab anak mama tak dengar kata mama.


Papa… my other half. Sudah 5 tahun kami bina mahligai perkahwinan ini… dan mama sangat bahagia  menikmati kehidupan sebagai isteri kepada Shahril b. Mohamad Ramli. Mama bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang baik seperti papa. Alhamdulillah..
Ya Allah…. Ampunilah segala dosa-dosaku, dosa suamiku, dosa kedua ibubapa kami dan dosa adik-adikku. Kau kurniakanlah kesihatan yang sejahtera kepada kami. Kau berikan lah kami kecukupan yang tidak terhingga sehingga kami tidak lagi merasa susah dalam membesarkan anak-anak kami dan menjalani kehidupan di muka bumiMu ini… Kau sejahterakanlah  nenda, ampunilah segala dosa-dosanya dan Kau letakkanlah dia di kalangan orang yang beriman…. Amin…




Jul 11, 2012

Cuti-cuti Malaysia:Penang

Last weekend kawan mama dari Johor datang jalan-jalan Penang... mama & papa lah yang jadi tourist guide. Hehehe... Auntie Nolie sampai sabtu malam, tido kat rumah comel kita dan esok nya kita sefamily bawa kawan mama & family jalan2 ronda penang...

Pada awalnya mama & papa plan nak bawa pergi Bukit Bendera, tapi tak ada rejeki...  Bukit Bendera train is temporary close for maintenance :(

Pertamanya,  kita bawa auntie nolie, uncle adre, abg adam & kawan Maira, Qaseh naik Feri untuk ke Pulau Pinang. Maira boleh get long dengan Qaseh, macam dah lama kenal...  konpius juga Mama &  auntie Nolie tengok gelagat Maira & Qaseh.


0900 hrs: Bermulanya tugas tourist guide tidak bertauliah :)

Destinasi pertama, papa bawa kita semua pergi ke Taman Negara di Teluk Bahang. Memandangkan group kita ramai kanak2 & babies, makanya tidak sesuailah untuk kita buat jungle tracking dan naik titi gantung. Papa ambil package naik boat menyusuri Taman Negara aje... dan kita berhenti sekejap di Monkey Beach. Seronok jugak santai2 kat pantai simpan ni.. Taman Negara yang masih terpelihara.


Dalam bot menyusuri Taman Negara


@ Monkey Beach

Sampai semula di jeti dah tengahari. Kita pi pekena nasi kandar Hameediyah. Alhamdulillah setakat ni Qaisara & Qistina tak buat perangai. Lepas tu auntie Nolie nak shopping kat Chowrosta. Apa yang auntie Nolie beli untuk Qaseh dia akan beli untuk Maira sekali... Maira pon apa lagi... meleleh la dia!

Lepas tu kita pi solat dekat Sea Gate, tapi mama lupa explain kat auntie Nolie pasal tempat ni... Next kita terus ke War Museum dekat Batu Maung. Lama juga ambil masa kat situ... dan very unsangkarable... QnQ maintain behave good until this time!


1700 hrs : @ War Museum, Batu Maung


Adam, Qaseh & Achmar


Mama posing x peduli anak :)

Peace Achmar

Papa & Uncle Adre

Mama nak masukkan juga gambar ni walaupun blurr... sebab mama nampak kurus ;p

Lepas tu kita pon bertolak balik ke rumah untuk solat dan mandi sebelum papa bawa kita semua pergi makan kat Kg. Pelet. Lepas makan kita balik. Anak2 mama tidur tak beralih! Penat agaknyer... Lega jugak mama & papa boleh rehat dan sembang2 dengan auntie Nolie & uncle Adre tanpa 'iklan'.

Esoknya, Qaseh dah nak balik. Buat Auntie Nolie, mama & papa minta maaf sekiranya terkurang apa-apa yang kami tak sedar, atau layanan & accomodation yang bukan "5 star". Mama harap Qaseh & family tak serik datang rumah kita. Semoga di lain masa dan waktu kita berjumpa lagi.....


Jul 5, 2012

2 hari lepas masa lunch, boss mama cakap kat mama pasal ustaz sharhan yang pernah keluar kat 'Tanyalah Ustaz' kat TV9 satu ketika dulu... dia kata nama Qistina x baik.. *&^&*^%$#@!!!

Sebenarnya mama ada tengok siaran langsung tu masa mama dalam pantang dulu... ummi yang telefon mama dari rumah ct widaad.... suruh tengok. Masa tu Allah saja yang tau perasaan mama. Sampai hati ustaz Sharhan cakap mcm tu pasal nama anak mama... padahal mama dengan papa dah cari makna nama Qistina dalam internet. Mama dengan papa tanya jugak dekat Walid Widaad... uztaz Najib bagitau nama Qistina bermaksud 'keadilan kami'. Lepas tu kami dengan besar hati letakkan nama Dhia Qistina dengan makna "Sinaran Keadilan Kami"....

Mama jadi x keruan... bingung...sedih... Mujur lepas 2-3 hari papa dapat jawapan dari Ustaz Harun Din yang dirujuk oleh Ustaz Zaharuddin.





Alhamdulillah... lega hati mama. Penerangan Ustaz Harun Din disertai dengan dalil dan ayat Quran menguatkan lagi semangat mama. Nak aja mama jerit dan bagitau pada seluruh alam dan kepada mereka-mereka yang mempertikaikan nama anak mama....

2 hari lepas Boss mama buka lagi cerita ni... Mama dengan yakin & lantang pertahankan nama Qistina. Mama e-mailkan post ustaz zaharudin dekat boss mama... Biar dia tahu dan faham.

Mama nak yang terbaik untuk anak-anak mama. Takkan mama nak letak nama yang tak baik untuk puteri-puteri kesayangan mama...

Dhia Qistina... puteri bongsu mama.... adalah sinaran keadilan kami

Dhia Qaisara.... puteri kedua mama.... adalah sinaran seorang permaisuri

Achmar Humaira... puteri sulung mama... adalah Bulan (cantik) dan kemerah-merahan ->sebab tu anak sulung mama ni tak boleh panas siket... nanti maira akan cakap 'mama...maira hot lah!'