Jul 11, 2012

Cuti-cuti Malaysia:Penang

Last weekend kawan mama dari Johor datang jalan-jalan Penang... mama & papa lah yang jadi tourist guide. Hehehe... Auntie Nolie sampai sabtu malam, tido kat rumah comel kita dan esok nya kita sefamily bawa kawan mama & family jalan2 ronda penang...

Pada awalnya mama & papa plan nak bawa pergi Bukit Bendera, tapi tak ada rejeki...  Bukit Bendera train is temporary close for maintenance :(

Pertamanya,  kita bawa auntie nolie, uncle adre, abg adam & kawan Maira, Qaseh naik Feri untuk ke Pulau Pinang. Maira boleh get long dengan Qaseh, macam dah lama kenal...  konpius juga Mama &  auntie Nolie tengok gelagat Maira & Qaseh.


0900 hrs: Bermulanya tugas tourist guide tidak bertauliah :)

Destinasi pertama, papa bawa kita semua pergi ke Taman Negara di Teluk Bahang. Memandangkan group kita ramai kanak2 & babies, makanya tidak sesuailah untuk kita buat jungle tracking dan naik titi gantung. Papa ambil package naik boat menyusuri Taman Negara aje... dan kita berhenti sekejap di Monkey Beach. Seronok jugak santai2 kat pantai simpan ni.. Taman Negara yang masih terpelihara.


Dalam bot menyusuri Taman Negara


@ Monkey Beach

Sampai semula di jeti dah tengahari. Kita pi pekena nasi kandar Hameediyah. Alhamdulillah setakat ni Qaisara & Qistina tak buat perangai. Lepas tu auntie Nolie nak shopping kat Chowrosta. Apa yang auntie Nolie beli untuk Qaseh dia akan beli untuk Maira sekali... Maira pon apa lagi... meleleh la dia!

Lepas tu kita pi solat dekat Sea Gate, tapi mama lupa explain kat auntie Nolie pasal tempat ni... Next kita terus ke War Museum dekat Batu Maung. Lama juga ambil masa kat situ... dan very unsangkarable... QnQ maintain behave good until this time!


1700 hrs : @ War Museum, Batu Maung


Adam, Qaseh & Achmar


Mama posing x peduli anak :)

Peace Achmar

Papa & Uncle Adre

Mama nak masukkan juga gambar ni walaupun blurr... sebab mama nampak kurus ;p

Lepas tu kita pon bertolak balik ke rumah untuk solat dan mandi sebelum papa bawa kita semua pergi makan kat Kg. Pelet. Lepas makan kita balik. Anak2 mama tidur tak beralih! Penat agaknyer... Lega jugak mama & papa boleh rehat dan sembang2 dengan auntie Nolie & uncle Adre tanpa 'iklan'.

Esoknya, Qaseh dah nak balik. Buat Auntie Nolie, mama & papa minta maaf sekiranya terkurang apa-apa yang kami tak sedar, atau layanan & accomodation yang bukan "5 star". Mama harap Qaseh & family tak serik datang rumah kita. Semoga di lain masa dan waktu kita berjumpa lagi.....