Dec 6, 2012

Bingkisan Buat Anak-Anakku...


Anak-anak mama….
Kelak dewasa kalian kan mengerti
Apa itu kecewa
Apa itu duka
Kerana itu apa yang mama sedang rasakan
Bilamana  harapan masih belum menjadi kenyataan
Kalau mama mampu aturkan hidup kalian
Mama akan pastikan
Kecewa dan duka itu jauh dari anak-anak mama
Supaya yang kalian tahu adalah bahagia dan gembira
Namun Dia Yang Maha Agung
Pemilik segala kejadian
Kerana Dia lebih tahu
Kerana Dia mahu menguji
Semoga anak-anak mama kuat
Tabah dan cekal mengharungi rintangan kehidupan
Jadilah lebih kuat dari mama
Jadilah lebih baik dari mama
Jadilah anak yang membanggakan mama…
Kerana itu semua
Adalah kejayaan dan kebahagiaan hakiki buat mama…