Sep 9, 2009

Selsema oh! selsema


Sejak dari awal minggu lepas mama rasa macam ada yang tak kena dengan mata mama. Mama ingat sebab puasa, mata mama berair sebab memandu pada waktu panas terik. Lepas dua tiga hari mama bersin tak berhenti. Mama ingat masalah resdung... Bila sampai hari sabtu air mata, air hidung semua mula keluar tanpa diundang. Isk... rimas betul mama. Mama terpaksa biar papa dodoikan maira tidur, sebab takut selsema maira yang baru sembuh datang semula. Setiap 10 minit mama akan bersin... tak selesa betul rasanya. Masa tu mama tak terfikir pon yang mama kena flu. Sampai malam Isnin, papa cakap dengan mama mungkin mama selsema. Oh! selsema rupanya. Mama ingat hidung mama dah expired! Papa cadangkan mama minum ubat selsema Maira yang masih berbaki. Habis 1 botol mama telan. Esoknya waktu sahur baru lega sikit... Alhamdulillah...


"Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. "



Sep 2, 2009

Maira...

Mama pening betul 2-3 hari ni sayang... Mami Maira makin kerap cuti sejak akhir-akhir ni. Pergi check up lah, jumpa pakar lah, balik kampung lah... Bukan mama tak faham, mama pon pernah mengandung. Tapi tah lah sayang... Mama rasa penat sangat, terpaksa ulang alik ke Kulim hantar Maira dekat tok. Hari ni dah hari kedua dia balik kampung. Mak sakit katanya. Mama bukan tak boleh timbang rasa, tapi dia aja yang selalu timbang mama juga yang terasa. Aduhai....
Bukan mama mengeluh penat membesarkan dan mempunyai anak secomel Maira, tapi mama letih dengan mami Maira yang selalu cuti.
Hari tu dia ada tanya mama, lepas dia bersalin mama nak hantar Maira pada dia lagi ka..Mama cakap ya...sebab mama kesiankan dia... tentu dia nak pakai duit juga dengan pertambahan anak ni. Tapi mama terfikir juga, nanti mesti dia sibuk dengan anak kecil dia. Nak pergi check up anak pulak nanti. Macam mana ni... Papa pon dah bosan dengan situasi ni. Papa ajak mama tukar pengasuh. Bukan tak ada, makcik norma kat tingkat sebelas. Tapi mama tak sampai hati nak tukar pengasuh macam tu aja. Lagi pon Maira bukan jenis yang boleh get long dengan sesiapa macam tu saja. Dengan Opah & Atuk kat Ipoh pon Maira tak mau, inikan pulak makcik norma yang langsung tak pernah jumpa.
Runsing & pening mama fikir kan hal ni sayang... Mama pon kesiankan tok yang sekarang tengah jaga ummi dalam pantang. Mana nak tengok ummi lagi, widaad lagi, wafa' lagi... maira lagi... tambah pulak maira tengah dok bertatih sekarang..menggagau merata... kena perhatikan selalu... silap-silap leh jatuh macam nangka busuk!
Maira be good ya sayang. Don't be naughty-naughty. Luka kat kepala jatuh semalam pon tak baik lagi. Tapi lincah aja anak mama gelak mengekek, meragas merata. Mama risau la sayang. Janganlah aktif sangat. Nanti jatuh lagi...
Oklah, dah pukul 8.00, mama nak mula buat kerja. Petang ni mama balik ambil maira kat rumah tok ya... jangan nakal-nakal tau sayang!