May 25, 2009

Untukmu Sayang..



A lunan tangismu umpama irama merdu

Ceria tawamu mendamaikan hati

Hubungan mama dan papa bertambah erat

Mengikat kasih kami kau lah sayang

Akan berseri keluarga kita

Riuh suaramu pasti membahagiakan

Hamparan kasih yang kami hulurkan

Untukmu sayang agar tidak ketandusan

Melaui ciuman ia terpancar

Adalah buatmu permata hatiku

Ingin mama dan pa lihat kau bahagia

Restu kami sentiasa mengiringimu

Anakku Achmar Humaira

May 24, 2009

Hujung minggu



Sekarang pukul 2.45 petang. Maira baru tidur lepas 2 kali terjaga dalam buai. Maklum lah sekarang musim panas. Berpeluh-peluh anak mama. Bila mama buka baju Maira, nampak anak mama selesa sikit. Lepas 10 minit dalam buai Maira tidur semula.Mama harap kali ni maira tidur nyenyak sikit. Makan sudah, minum sudah…it’s time for you to sleep princess! Tidur mama yang tak cukup sepanjang minggu lepas pon terganti sudah. Dua hari ni kita pecah rekod tak pergi mana-mana. Rupa-rupanya duduk di rumah hujung-hujun minggu ni seronok juga… mama dengan papa dapat main dengan Maira sepuas-puasnya. Kalau hari mama kerja rasa macam sekejap aja masa untuk kita bermain kan sayang… Tapi dua hari ni juga perangai Maira tak kurang hebatnya. Kurang tidur dan asyik suka main. Tapi mama tak kisah, mama seronok main dengan Maira. Papa pon kalao nak keluar pegi buang sampah, beli paper ke pergi kedai ke mesti nak bawa Maira sekali… Seronok la anak mama tu!
Mama mengantuk lah sayang… Maira pon dah tidur lena. Mama pon nak tidur jugak… Esok mama dah kerja, nak spare ‘tidur’ cukup-cukup untuk minggu depan!

May 5, 2009

Buatmu Achmar Humaira

Berlalu sudah episod pahit yang mencengkam perasaan
Dan terjadilah satu titik hitam yang penuh dengan pengajaran
Semoga tiada lagi yang lebih perit dari itu
Kerana seandainya ada,
Maka matilah jiwa ini
Semoga ia digantikan dengan sesuatu yang lebih membahagiakan
Untuk merawat kedukaan dan kesakitan itu
Demi untuk mama teruskan tanggungjawab
Untuk membesarkanmu anakku

May 4, 2009

Alhamdulillah....Maira bagaikan dilahirkan semula untuk Mama & Papa

Petang tu mama dengan Maira nak balik ke Kulim,maklumlah, cuti hujung minggu, papa kerja. Jadi mama fikir nak balik berdua aja dengan Maira. Tak sangka petang tu terjadi pula tragedi yang menfobiakan mama untuk drive bawa anak sorang-sorang lagi lepas ni..

Pintu tepi sebelah Mairaduduk kena hentam dengan proton saga….mujur Maira duduk dalam baby car seat… tapi Maira nangis jugak la…

Beginilah rupa kereta beberapa minit lepas eksiden….


Sebenarnya memang salah mama la, sebab masuk simpang tak tengok keta dari arah bertentangan… Apa pon… syukur sangat MairacAllah pelihara… budak kecik,tak ada dosa… Mama yang duduk sebelah driver yang kena teruk, lebam-lebam badan sebelah kiri, dan tergeliat tangan kiri dan tengkuk., sampai hari ni badan macam robot.Tapi itu kira baik la sebab tak ada patah-patah.. Alhamdulillah….



Ya Allah…. Kau gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik untuk keluarga ku…. Amin…