Jan 18, 2009

Mi kuah resepi ummi

Hari jumaat tu ummi bagi mama resepi mu kuah... mama teruja nak buat hari ni! Lepas keja mama pegi carrefour beli barang-barang untuk resepi baru! Kemarin, lepas bangun tido lebih kurang pukul 10 pagi (pergghhhh! sedap tido weh!) mama mandikan bucuk mama ni & lepas semuanya dah selesai, mama pon bersilat lah kat dapur dengan bahan-bahan untuk buat mi kuah ni...


Belum pon pukul 12 tengahari, mi kuah ala ummi dah siap... errmmmm... tak lah susah sangat nak buat mi kuah ni... Inilah hasilnya....


Pukul 4 papa balik, dengan bangganya mama mempersembahkan mi kuah istimewa ni untuk papa... Mula-mula papa buat muka hairan, papa tanya mama bila beli barang2 buat mi ni... hehe! Surprise!!!! semalam lepas balik dari carrefour sengaja mama sorokkan barang-barang yang mama beli dalam peti ais, dengan niat nak bagi papa kejutan! Hehehe...
Papa makan tambah... sedap ke? .... Musti lah sodappppppp..... berani papa kata tak sedap???!!!

Jan 16, 2009

Atas Nama Cinta

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa

Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Reff:

Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta
Mengapa yang lain bisa

Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta





Specially dedicated to my dearest hubby, im very particular bout luv n u know my feelings toward u.... how hard to articulate those words.. You are my hero, mu hubby, my inspiration and my beloved one! Cayang abang!





Jan 12, 2009

Alhamdulillah..

Pejam celik pejam celik sudah pon kita menjengah ke tahun baru. Mama terpanggil lagi untuk menulis. Sekarang kita dah masuk 1430 hijrah... Alhamdulillah... Allah masih beri peluang kepada mama untuk terus bernafas di bumi ini. Mama bersyukur... hari ini masuklah hari ke 589 mama dan papa bergelar suami isteri dan umur Maira sekarang 5 bulan 5 hari. Segalanya berjalan dengan lancar... Mama bahagia dengan kehidupan mama sekarang.. bersama papa dan Maira... dan bila-bila nak balik kampung jumpa tok & tokwan pon kita senang.... sebab dekat!

Yang mama risaukan sekarang, papa kata tahun baru ni mungkin ada rombakan besar di tempat kerja papa.. Ada kemungkinan papa akan ditukarkan ke tempat lain... kebarangkaliannya tak lah besar, tapi kemungkinan tetap ada. Apa yang mama boleh katakan, mama tak tahu... Cuma mama teringat ummi pernah cerita pada mama tentang solat hajat yang ummi pernah buat baru-baru ni... (tak perlulah mama ceritakan kenapa ummi buat solat hajat), cuma di sini, mama terdetik untuk berdoa...

"Ya Allah... seandainya bagimu penghijrahan suami ku ke tempat lain adalah yang terbaik untuk masa depannya dan keluarga kami, maka Kau dorong lah kami ke arahnya, Kau tunjukkanlah kami jalan untuk menghampirinya.... Tapi Ya Allah... seandainya kerjaya dan tempat kerjanya sekarang adalah yang terbaik untuk kami, maka kami redha dan berserah segalanya padamu Ya Allah..."

Mama bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan yang akan datang.. kerana mama tahu itu semua adalah ketentuan dariNya. Yang penting, papa dan Maira sentiasa ada di sisi mama...

Jan 6, 2009

Senyum dan hati

Kata orang,bila kita suka senyum..untuk awet muda.. untuk kelihatan muda..sejauh mana senyuman itu boleh dipersembahkan.adakalanya.. senyuman ini banyak ketagori yang boleh diperkatakan... kadang2 orang senyum hanya kerna hati mereka bahagia.. ada juga senyum untuk buat orang gembira.. kadang-kadang mereka tersenyum hanya untuk melindungi apa yang tercalar di ruang hati mereka.Sebenarnya aku bangga dengan hati walaupun pada bentuk yang kecil tapi ia nya mampu merangsang senyuman dan menerima beban-beban dalam diri..

Adakalanya,ubat atau penawar kedukaan seseorang boleh disembuhkan dengan senyuman.Tapi setiap penawar hati akan lahir dgn kedaan berbeza untuk setiap manusia.... percaya atau tidak..kita pasti merasa setiap debaran bila berdepan dengan senyuman yang bisa mendamaikan keresah hati anda.Hati yang terluka bisa sembuh andai senyuman yang diharapkan hadir saat kita benar2 memerlukannya,juga bisa menghilangkan keperitan hati sejak lamanya...kerana kita harus percaya... kerna dia adalah penawar dari setiap resahan hati..


"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengingatimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."