Nov 15, 2012

Autumn In My Heart - Korea Part 3

Day 4

After had a very simple breakfast at hotel (roti + omelet + salad), kami di bawa ke salah sebuah pusat/kilang memproses Ginseng yang menurut tour guide tempat ini adalah salah satu pusat/kilang di bawah kerajaan Korea. Penerangan diberikan mengenai Ginseng dan perbandingan di antara Ginseng neraga China, Jepun dan Amerika. Dan pastinya jurucakap disini akan mengatakan Ginseng terbaik adalah dari Korea.
 

Depan pusat memproses Ginseng
 
Selepas 1 jam kami dibawa ke National Folk Museum Of Korea.Di muzium ini kita dapat mengetahui budaya masyarakat Korea lama. Ada diantaranya yang masih dibudayakan sehingga kini, tapi kebanyakkannya sudah tidak diamalkan kerana tidak praktikal dengan zaman teknologi kini. Selepas itu kami ke beberapa destinasi lain seperti Kyongbok Palace dan Presidential Blue House. Di bawah ni adalah antara gambar yang sempat mama & papa snap di National Folk Museum Of Korea dan Kyongbok Palace. Presidential Blue House cuma dapat tengok bumbung jer, tidak dibenarkan masuk!



 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Satu lagi tips adalah membawa payung... walaupun kadang-kadang tidak dimaklumkan, tapi membawa payung adalah satu tindakan yang bijak jika kita pergi melancong. Hari keempat program kami sedikit terganggu kerana hujan renyai-renyai. Tapi nasib baik sekejap aje.

Lepas tu kami di bawa ke Bandar Itaewon. Itaewon adalah satu-satunya bandar yang mempunyai restaurant halal. Bagi pelancong beragama Islam, Itaewon pastinya adalah tempat wajib yang perlu dikunjungi untuk menikmati pelbagai jenis makanan halal selain mengunjungi the only Mosque in Korea.

The restaurant we had our lunch
 
opposite foreign restaurant... kaum hawa melawat & membeli roti di bakery
 
Depan restaurant...

 
 
Lepas lunch, kami berjalan kaki menuju ke Masjid untuk solat jamak zuhur + asar.
 


 
 
 
Selepas solat adalah masa yang ditunggu-tunggu... Shopping di Gwang-Jang Market & Dongdaemon Market. Kami tidak digalakkan untuk membeli barang lain selain Korean Silk di Gwang Jang market. Tapi papa sempat juga rembat jaket sebab terlalu berkenan! Di Dongdaemon Market ada 4 blok pusat membeli-belah. Yang paling popular adalah Doota. Di tingkat 5 bangunan ni, kedai 'Arirang' terdapat banyak souvinier yang boleh dibeli dengan kadar harga yang berpatutan. Mama & Papa beli kebanyakkan souvinier di sini.
 
Rasa ralat juga tak dapat pergi ke 3 lagi blok yang lain sebab hujan lebat. Menurut sahabat yang pergi, di blok lain terdapat banyak pakaian kanak-kanak dan harga juga tak terlalu mahal. Tips seterusnya... don't spent too much time in one shop when you go for shopping!
 
Malamnya kami dinner di Marakesh Restaurant (di Itaewon). Memang sedap! Situasi dalam restaurant pon selesa. Alhamdulillah... Kenyang!
 
 
After dinner, we went back to our hotel and met such a very busy traffic in Seoul...
 
Seoul at night
 
End of Part 3...