Dec 9, 2009

Maira & Beg Sekolah Baru

Maira dapat beg sekolah baru!!! Bila mama pakaikan terus tak mau buka,tidur pon nak pakai beg! Haru sunggoh! Terpaksalah mama tidurkan maira dengan beg tu..bila Maira dah lena baru papa bukakan... Excited bukan main...

Maira posing dengan beg sekolah baru

OK papa!Let's go to school!















Dec 7, 2009

1 Year, 4 Months


Hari ni Maira dah 1 tahun 4 bulan.... dah boleh berlari, dah boleh melompat... dah pandai merajuk, dah pandai demand..."mama nak.... ", "papa nak..... " sambil jari telunjuk comel menunding ke benda yang Maira nak....


Papa suka layan Maira bila nak loly-pop...Mama tanya papa, kenapa manjakan sangat Maira dengan gula-gula, papa jawab "anak sorang jer baru...ikutkan aje la...." Bukan masalah anak sorang ke dua ke... Mama tak mau Maira biasa dengan gula-gula, coklat & benda-benda manis... nanti bila gigi buruk orang tanya anak saper yang gigi buruk tu..... Mama jawab anak papa! Itu alasan mama lah, tapi bagi papa...sekali-sekala tak apa...


Semalam Maira ikut tok balik Kulim... tinggal mama dengan papa kat rumah berdua... kesian kat mama... kalau tidak, waktu tengah malam Maira akan kick-boxing mama&papa, tapi semalam kami rasa janggal sebab ruang di atas katil rasa macam terlalu besar... Bila waktu pagi, mama akan bersiap dalam gelap untuk pergi kerja sebab tak mau Maira terjaga, pagi tadi pon mama buat benda yang sama walaupun Maira tak ada, sebab mama tahu Maira mesti tgh tido kat Kulim... Petang ni mama&papa nak pi ambik Maira... rindu sangat kat anak mama... Ummmuuuaaachhhh! Sayang Maira!



Nov 9, 2009

Anakku nak jadi Rambo


Maira besar esok nak jadi Rambo ek? Ari sabtu lepas, buat stunt macam superman, jatuh gedebuk atas lantai... nasib baik ada tikar buluh, tapi pipi maira bergaris jugak lah luka kena bilah buluh tu.. Dah tak chumil anak mama..


Mama tak sampai hati nak bagi tau tok, takut tok risau pulak... lebam & luka sikit saja... anak mama kan kuat! Lepas setengah jam Maira dah melompat balik... kira ok ler tu!!!

Oct 19, 2009

Gelagat Maira di Pantai

Bila mandi Maira steady aja. Mama mandikan dengan air paip pon Maira cool jugak. Tak sangka pulak mama Maira takut laut!































Oct 1, 2009

Corat coret raya


Dah lama rasanya mama tak buat entry kat sini. Raya pon dah hampir 2 minggu berlalu. Baru mama perasan tak banyak gambar yang kita ambil masa raya hari tu. Rugi betul rasanya. 4-5 persalinan mama sediakan untuk bucuk mama sempena menyambut Syawal... Opah pon ada buatkan baju kurung untuk Maira, tapi saiznya tidak sesuai lagi untuk tubuh badan Maira yang kecil mungil..
Mama sekarang dalam proses nak kuruskan badan dan nak perbaiki muka. Raya ari tu makan tak control, abis jerawat dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tak leh jadi ni! Nak kena buat sesuatu! Memang papa tak pernah komplen, tapi mama nak beri papa hanya yang terbaik!
Maira pon dah makin membesar. Dah boleh bertatih walaupun kadang-kadang terbalik jugak. Tapi Maira lebih suka didukung. Nasib baiklah anak mama tak la berat sangat. Maira... mama dengan papa sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan mu sayang! We love you so much!


Sep 9, 2009

Selsema oh! selsema


Sejak dari awal minggu lepas mama rasa macam ada yang tak kena dengan mata mama. Mama ingat sebab puasa, mata mama berair sebab memandu pada waktu panas terik. Lepas dua tiga hari mama bersin tak berhenti. Mama ingat masalah resdung... Bila sampai hari sabtu air mata, air hidung semua mula keluar tanpa diundang. Isk... rimas betul mama. Mama terpaksa biar papa dodoikan maira tidur, sebab takut selsema maira yang baru sembuh datang semula. Setiap 10 minit mama akan bersin... tak selesa betul rasanya. Masa tu mama tak terfikir pon yang mama kena flu. Sampai malam Isnin, papa cakap dengan mama mungkin mama selsema. Oh! selsema rupanya. Mama ingat hidung mama dah expired! Papa cadangkan mama minum ubat selsema Maira yang masih berbaki. Habis 1 botol mama telan. Esoknya waktu sahur baru lega sikit... Alhamdulillah...


"Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. "



Sep 2, 2009

Maira...

Mama pening betul 2-3 hari ni sayang... Mami Maira makin kerap cuti sejak akhir-akhir ni. Pergi check up lah, jumpa pakar lah, balik kampung lah... Bukan mama tak faham, mama pon pernah mengandung. Tapi tah lah sayang... Mama rasa penat sangat, terpaksa ulang alik ke Kulim hantar Maira dekat tok. Hari ni dah hari kedua dia balik kampung. Mak sakit katanya. Mama bukan tak boleh timbang rasa, tapi dia aja yang selalu timbang mama juga yang terasa. Aduhai....
Bukan mama mengeluh penat membesarkan dan mempunyai anak secomel Maira, tapi mama letih dengan mami Maira yang selalu cuti.
Hari tu dia ada tanya mama, lepas dia bersalin mama nak hantar Maira pada dia lagi ka..Mama cakap ya...sebab mama kesiankan dia... tentu dia nak pakai duit juga dengan pertambahan anak ni. Tapi mama terfikir juga, nanti mesti dia sibuk dengan anak kecil dia. Nak pergi check up anak pulak nanti. Macam mana ni... Papa pon dah bosan dengan situasi ni. Papa ajak mama tukar pengasuh. Bukan tak ada, makcik norma kat tingkat sebelas. Tapi mama tak sampai hati nak tukar pengasuh macam tu aja. Lagi pon Maira bukan jenis yang boleh get long dengan sesiapa macam tu saja. Dengan Opah & Atuk kat Ipoh pon Maira tak mau, inikan pulak makcik norma yang langsung tak pernah jumpa.
Runsing & pening mama fikir kan hal ni sayang... Mama pon kesiankan tok yang sekarang tengah jaga ummi dalam pantang. Mana nak tengok ummi lagi, widaad lagi, wafa' lagi... maira lagi... tambah pulak maira tengah dok bertatih sekarang..menggagau merata... kena perhatikan selalu... silap-silap leh jatuh macam nangka busuk!
Maira be good ya sayang. Don't be naughty-naughty. Luka kat kepala jatuh semalam pon tak baik lagi. Tapi lincah aja anak mama gelak mengekek, meragas merata. Mama risau la sayang. Janganlah aktif sangat. Nanti jatuh lagi...
Oklah, dah pukul 8.00, mama nak mula buat kerja. Petang ni mama balik ambil maira kat rumah tok ya... jangan nakal-nakal tau sayang!

Aug 19, 2009

Welcome to the club Amal Wafa' !

AMAL WAFA' BT MOHD NAJIB
Maira dapat sepupu baru! Pada tanggal 08.08.2009 jam 6.10 petang, lahirlah puteri kedua ummi yang diberi nama Amal Wafa' bt. Mohd Najib. Dengan ini tok dan tokwan naik pangkat lagi, cucu dah 3 orang but the grandparents are still vogue! Caya lah!

Wafa' lahir setahun satu hari lepas Maira dilahirkan. Maira lahir pukul 6.15 petang pada 07.08.2008. nanti boleh la celebrate sekali ek!Tahniah buat ummi, Widaad pulak dah jadi kakak sekarang... jenuh la ummi nak kawal nanti! Be good ya gurls!!!

Tahun depan insyaallah tok dengan tokwan dapat sorang lagi cucu... daripada mamu najib dengan mami yuslinda, maybe around February 2010. Maira nak adik???? Isk... isk... isk.... nanti kot..... :D





Aug 8, 2009

07.08.09

Petang Jumaat tu tok dengan tok wan mai nak sambut hari jadi Maira... Mula-mula mama dengan papa bawa tok dengan tokwan jalan-jalan tengok rumah yang kami berkenan dan rancang nak beli. Lepas tu tok ajak pi makan .... Kita pi makan kat Tesco.. Tokwan belanja...makaceh tokwan!

Birthday Girl
Mama dengan papa pon makan jugak
Tok memang suk suap Maira makan


Semalam merambu tak ingat dunia... pagi ni mama tengok badan Maira panas...mama risau... jap lagi nak ajak papa pi klinik... sekarang ni kalau demam sikit ja leh jadi melarat... Jangan lah anak mama ada apa-apa pulak...

Aug 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG......!

SeLaMaT HaRi JaDi....
SeLaMat HaRi JaDi.....
SeLaMaT HaRi JaDi MaiRa..........................
SeLaMaT HaRi Jadi......!


Selamat hari jadi sayang....hari ni anak mama dah setahun....rasa macam baru semalam mama lahirkan Maira.... Maira dah ada 5 batang gigi... Dunia Maira semakin luas... Mama bangga bila Maira mula faham dengan perkataan dan istilah-istilah seperti mama,papa,tok,tokwan, opah,atuk,mam-mam(makan/minum),bum-bum(tidur), kiss,amin(salam), no (jangan), tatih (jalan)...

Maira dah reti kiss bila diminta, dah pandai salam bila disuruh... perkembangan Maira membahagiakan mama dan papa... terus lah berjuang untuk perjalanan yang semakin terbuka luas dalam hidup mu sayang....!

Aug 4, 2009



Hari ni hari selasa,04.08.09.... mama tengok Maira dah boleh berdiri...tapi nak menapak takut lagi...tok kata Maira segan nak tatih...hehehe... ye ke sayang? Tak per...take your time... mama dengan papa will always give our full support to you....




Jul 26, 2009

4 Days In Sabah...

Last week mama ikut lawatan sambil belajar pejabat mama ke Sabah. Terpaksa tinggal anak mama yang comel ni... 4 hari berjauhan dgn Maira macam 40 tahun rasanya... Tiap-tiap malam sebelum tidur mama akan buat video call dgn papa, nak tengok anak mama yang sorang ni.... Maira mungkin tak faham lagi istilah berjauhan...sebab tu Maira rilek je... Mama jugak yang memendam rasa kat Sabah sorang-sorang...rindukan papa dan Maira.

Duduk di sana tiap-tiap hari mama mesti teringatkan papa dan Maira. Kalaulah trip ini adalah trip kita sekeluarga, alangkah indahnya.... Tak pa, satu hari nanti bila Maira dah besar sikit kita pi pulau sipadan 1 family....

Inilah gambar-gambar yang sempat mama snap kat sana....


Penat memanjat tangga... mengah dibueknyo!


Mengingatkan mama pada ummi...tangkap gambar tangan mesti mcm ni!

Jaga cik salmah jaga......

Nak cari bunga raflessia

Depan Lysaght..gambar kenangan selepas lawatan

Kem tentera di Teluk Sepanggar...

Last but not least... perkampungan Monsopiad.... serammmmmm!



Mama rasa tak lah seronok sangat..tapi boleh la for the purpose of earning knowledge and experience... Duit abes banyak...gila beli mutiara & kristal.... Satu hari nanti mama dangan papa bawa Maira ya....

Jul 17, 2009

Maira selsema

Maira selsema hari ni...Pi klinik tadi pon asyik meleleh aja air hidung... Lepas makan moi tadi mama suapkan 3 jenis ubat yang doktor bagi... Maira nangis, mesti ubat tu tak sedap kan sayang... tapi mama terpaksa bagi jugak.... mama nak tengok anak mama cepat sihat... Lepas minum ubat Maira tido... tido lah sayang... nanti bangun terus sihat yang sayang.......!

Jun 29, 2009

Anak mama dah pandai posing

Hari ni masa Maira tido petang, mama sempat online & buka folder gambar2 Maira sejak lahir... Tiba-tiba rasa bangga kerana Maira adalah anak mama...kerana mama dan papa punya anak secomel Maira... Mama dan papa berjanji tak akan persiakan anugerah Allah kepada kami sayang...

Sedang mama belek-belek gambar, mama ternampak satu gambar Maira kat masjid masa kita pi Johor dulu. Baru mama perasan gambar ni ....

Maira posing maut! Sampai nampak lurah dendam! Huhu! Kecik-kecik tak per...nanti bila dah besar kalo Maira buat macam ni papa rotan!

Lagi satu gambar Maira kat shopping complex... jadi model baju kanak-kanak! Anak mama nak jadi model ke bila dah besar nanti?...

Jun 23, 2009

Sekadar coretan

It's 8.59pm. Maira tengah tido. Mama sebenarnya runsing sekarang ni. Mami Liza yang mengasuh Maira sekarang ni mengandung. Selang 2 minggu dia akan pi check up, tiap2 hari rabu & khamis. Bila hari rabu dan khamis mama dengan papa akan menggelabah. Terpaksa minta tolong tok jaga Maira. Mama dah banya menyusahkan tok. Kesian tok.Kesian juga kat papa. Balik keja pukul 10 malam, nak balik Kulim, esok pagi pukul 6 dah bangun, nak rush gi keja. Pastu petang balik Kulim pulak ambil Maira. Mama dengan papa fikir nak tukar pengasuh. Dah dapat cari kat tingkat 11 blok kita. Tapi bila mama cakap kat mami Liza, dia macam tak mau lepaskan Maira. Katanya dah sayangkan Maira. Tapi bila dia 9 bulan nanti, tiap2 minggu akan pi klinik check perut. Dah bersalin nanti, lagi parah mama. Dia senanglah cakap "Su hantar kat mak su lah, kak cuti sebulan aja, belum abis pantang kak dah ada sini balik". Huh! Nanti dengan anak dia lagi, dengan Alif (budak yang dia mengasuh juga umur 1 tahun)lagi. Alif tu dah la pernah gigit tangan anak mama sampai berbekas! Ini buktinya!...

Sedih mama.... bila mama pergi cakap kat dia, dia cakap minta maaf jer...tak perasan pon bila Alif buat mcm tu kat Maira. Lepas tu, petang tu sekali papa ambil Maira kat rumah dia, bila balik rumah papa tengok pampers Maira ada taik...dah kering! Maksudnya dah lama Maira berak, tapi dia tak perasan atau buat-buat tak perasan tak taulah mama.. Pernah juga petang tu mama pi nak ambil Maira, bila dia buka pintu mama tengok maira tengah merangkak, Alif duduk kat atas belakang Maira! Hangen betul mama...!

3 faktor ni saja memang dah cukup untuk mama berenti dari hantar Maira dekat dia. Tapi mama tak sampai hati nak cakap macam mana lagi dekat dia, sebab masa mama cuba cakap 2-3 hari lepas nak tukar pengasuh bila dia bersalin nanti, dia cakap nak hantar dekat dia balik lepas dia bersalin pon tak apa...sebab dia cakap dia dah sayang kat Maira... (Kunun nye la...)

Mama dengan papa buntu lah... kami memang ingat nak hantar kat pengasuh baru je terus..tapi dia minta hantar balik dekat dia bila dia abis pantang... macam mana ni......????!!!

Jun 17, 2009

Le Tour De Kelisa

Hari yang di tunggu tiba dan berlalu juga... begitulah kehidupan.. 11 June 2009 jam 6.15 petang kita bertolak dari Seberang Jaya ke Melaka, kemudian terus kan perjalanan ke destinasi utama Skudai, dan seterusnya Singapura... Lepas tu balik singgah Bangi dan terus ke Ipoh. Lepas tu baru sampai balik Seberang Jaya pada 16 June 2009 pukul 10.15 malam. Banyak betul jasa Kelisa pada kita. Rasaa sayang pulak kat kereta chumil papa tu... Seronok ikut papa pergi lapor diri di UTM, lepas tu makan angin di Singapore...jalan-jalan cari pasal. Maira tak banyak buat kerenah. Alhamdulillah. Thanks alot to auntie Nolie, sebab sudi terima kami sebagai tetamu sampai 3 malam di Skudai. Seronok Maira main dengan Adam dan Qaseh... Opah dan Atuk Adam& Qaseh pon baik sangat...

Johor Bahru: Maira@ Puteri Habour

Johor Bahru : Mama&Maira @ Danga Bay

Johor Bahru : Nice pose

Johor Bahru : Mama...Maira nak susu!

Singapore (Baru sampai Woodlands)

Singapore : Dalam Esplanade

Singapore : Depan Esplanade

Singapore : With my beloved friend and her kid...

Depan Merlion Park

Mercu tanda kebanggaan Singapura

Papa buat silap mata

Saper ajar saper?

Mama and Maira @ Changi Airport

Let's walk!

Happy nyer dia....!

Maira jangan interframe tau!

....sebelum balik.

Jun 8, 2009

Maira dah ada gigi

Semalam 7/6/2009 usia maira genap 10 bulan. Maira dah pandai memanjat sana-sini. Terjun katil dah 2 kali. Kali pertama lebam sebelah muka, kali kedua maira maintain jer...gagah perkasa sungguh anak mama nih! Semalam masa mama suap moi untuk Maira, mama perasan Maira dah ada gigi. Bila mama cuba rasa, Maira dah ada 4 gigi atas dan bawah! Bila maira gelak, nampak sikit gigi anak mama yang baru nak tumbuh tu! Comel nye anak mama! Patut pon semenjak dua-tiga menjak ni Maira asyik suka mengigit...gatal gusi rupanya...
Maira memang lalu makan, kalau bagi moi satu hari 2 kali, sekali makan mau dekat setengah pinggan.Tapi tokwan pesan dekat mama, jangan bagi maira makan karbohidrat banyak sangat. Tokwan takut cucu tokwan overweight kot! hehehe! Jadi sekarang mama bagi setengah aja daripada sukatan dulu untuk Maira. Anak mama cepat besar ya.... Mama seronok tengok anak mama membesar depan mata mama!

Jun 3, 2009

2 tahun usia perkahwinan

Semalam 2 June 2009 genaplah 2 tahun usia perkahwinan mama dan papa. Papa bisik kat telinga mama "Happy 2nd Anniversarry"... mama rasa damai sangat... seronok...bahagia.... Dah 2 tahun kami bersama, dan usia Maira sekarang 10 bulan. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesejahteraan untuk keluarga kita... Papa cakap dekat mama nak pergi 'celebrate' kat Singapore lagi 2 minggu...tapi tengok budget dulu lah... Passport Maira dah buat hari ahad lepas. Kalau jadi pergi mama akan sisipkan memory kita ke sana dalam blog nanti...
Semalam mama pergi sain aggrement... Lepas sain mama dapat satu salinan. Dalam aggrement tu cakap mama ada 25 hari cuti berbanding 15 hari dalam taklimat masa mama lapor diri di KL hari tu. Sekurang-kurang nya ini berita baik, lepas mama dapat tahu gaji mama tak boleh dibayar selagi aggrement belum selesai.
Tah lah sayang.... kadang-kadang mama rasa happy sangat dengan kerja sekarang...tapi kadang-kadang mama rasa sedih...ya lah..sampai bila nak kerja kontrak, tak ada bonus, tak ada increment...Maira makin besar, kos makin tinggi... Dulu masa mama kerja Roadbuilder dengan Muhibbah, gaji memang best... tapi masa mama kerja memang packed. Hari sabtu pon mama kerja full day. Mama resign sebab mama nak settle down and spend more time with papa and Maira. Kadang-kadang menyesal resign dulu, tapi bila tengok mata bulat anak mama, mama rasa syukur sangat sebab keputusan mama untuk quit dari company-company tu dulu berbaloi untuk mama,papa dan Maira... Sempat lah jolly pergi London ...
Walau bagaimanapun,sekarang mama dah bekerja di JKR sebagai Jurutera Awam J41. Mama bersyukur, sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa mama untuk bertugas sebagai penjawat awam dan ditempatkan di Pulau Pinang. Allah dah makbulkan doa mama. Cuma sekarang mama harap sangat akan dapat jawatan tetap dalam masa terdekat ni. Mama dah penat fikir pasal kerja, pasal duit... Mama nak rilek sekarang... luangkan masa untuk keluarga mama.... Itulah sebenarnya matlamat mama....

May 25, 2009

Untukmu Sayang..



A lunan tangismu umpama irama merdu

Ceria tawamu mendamaikan hati

Hubungan mama dan papa bertambah erat

Mengikat kasih kami kau lah sayang

Akan berseri keluarga kita

Riuh suaramu pasti membahagiakan

Hamparan kasih yang kami hulurkan

Untukmu sayang agar tidak ketandusan

Melaui ciuman ia terpancar

Adalah buatmu permata hatiku

Ingin mama dan pa lihat kau bahagia

Restu kami sentiasa mengiringimu

Anakku Achmar Humaira

May 24, 2009

Hujung minggu



Sekarang pukul 2.45 petang. Maira baru tidur lepas 2 kali terjaga dalam buai. Maklum lah sekarang musim panas. Berpeluh-peluh anak mama. Bila mama buka baju Maira, nampak anak mama selesa sikit. Lepas 10 minit dalam buai Maira tidur semula.Mama harap kali ni maira tidur nyenyak sikit. Makan sudah, minum sudah…it’s time for you to sleep princess! Tidur mama yang tak cukup sepanjang minggu lepas pon terganti sudah. Dua hari ni kita pecah rekod tak pergi mana-mana. Rupa-rupanya duduk di rumah hujung-hujun minggu ni seronok juga… mama dengan papa dapat main dengan Maira sepuas-puasnya. Kalau hari mama kerja rasa macam sekejap aja masa untuk kita bermain kan sayang… Tapi dua hari ni juga perangai Maira tak kurang hebatnya. Kurang tidur dan asyik suka main. Tapi mama tak kisah, mama seronok main dengan Maira. Papa pon kalao nak keluar pegi buang sampah, beli paper ke pergi kedai ke mesti nak bawa Maira sekali… Seronok la anak mama tu!
Mama mengantuk lah sayang… Maira pon dah tidur lena. Mama pon nak tidur jugak… Esok mama dah kerja, nak spare ‘tidur’ cukup-cukup untuk minggu depan!