Oct 1, 2009

Corat coret raya


Dah lama rasanya mama tak buat entry kat sini. Raya pon dah hampir 2 minggu berlalu. Baru mama perasan tak banyak gambar yang kita ambil masa raya hari tu. Rugi betul rasanya. 4-5 persalinan mama sediakan untuk bucuk mama sempena menyambut Syawal... Opah pon ada buatkan baju kurung untuk Maira, tapi saiznya tidak sesuai lagi untuk tubuh badan Maira yang kecil mungil..
Mama sekarang dalam proses nak kuruskan badan dan nak perbaiki muka. Raya ari tu makan tak control, abis jerawat dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tak leh jadi ni! Nak kena buat sesuatu! Memang papa tak pernah komplen, tapi mama nak beri papa hanya yang terbaik!
Maira pon dah makin membesar. Dah boleh bertatih walaupun kadang-kadang terbalik jugak. Tapi Maira lebih suka didukung. Nasib baiklah anak mama tak la berat sangat. Maira... mama dengan papa sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan mu sayang! We love you so much!