Apr 21, 2009

Kini segalanya kembali normal

Seperti yang dijadual dan dirancang, mama,papa & Maira bertolak ke KL pada hari Rabu,15.04.09. Kita tiba di ibu negara lebih kurang pukul 3 petang. Papa ajak mama pergi tengok tempat lapor diri. Senang pula papa bawa kereta terus sampai ke depan dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Papa dukung Maira keluar dari kereta. Pada mata papa terpancar kegusaran, mama tahu papa fikirkan tentang keluarga kita. Mama cakap pada papa, kalau papa tak izinkan mama tak kan teruskan ini semua. Tapi papa kata papa sentiasa sokong kerjaya mama. Thanks sayang!


Lepas tu kita ke KLCC, saja nak lepas gian jalan-jalan kat menara berkembar kebanggaan negara. Sempat juga lah mama snap beberapa keping gambar kat sini...






Lepas 2 jam melilau kat KLCC kita pon balik rumah mamu Najib. Tak plan nak pi mana-mana pon malam tu... Sebelum tidur mama dengan papa sempat buat solat hajat untuk penempatan mama, harap-harap dapat di Penang.Esoknya, pukul 5 pagi kita 3 beranak dah bangun, lepas sembahyang subuh, tayar golek jam 6.28pg, sampai di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid pukul 7.28pg. Sesi taklimat pagi tu agak membosankan. Orang Kementerian Kerja Raya bagi taklimat. Apa yang membuatkan semua calon terkilan, pengerusi majlis tu cakap staff 'Contract For Service' tak kan di serap ke jawatan tetap. Lepas sesi taklimat, hampir separuh daripada mereka yang hadir lapor diri menolak dan menangguh untuk menerima tawaran. Masa sesi taklimat mama berkenalan dengan dua kawan, 2-2 orang ibu kepada seorang anak! Dapat lah mama geng... calon-calon lain nampak macam fresh graduate aja...bertuah betul diorang.... baru abis belajar dah dapat keja gaji riban-riban, mama dulu 1st appointment gaji RM750 saja :(

Atas permintaan diorang, mama sebutkan nama kawan mama ni, auntie Yusliza & auntie Fadini... (jangan marah guys! I snap your photos masa dalam dewan hari tu!)

On the 2nd day, penempatan diumumkan....dan mama bersyukur sangat di tempatkan di Pulau Pinang.... Petang ni kita boleh terus balik Penang....yeaaaa!!!!

Sayang.... mama dapat penempatan di Penang.... kita tak payah tinggal papa! Jom kita balik!

Last, but not least.... mama sempat bergambar dengan Ustazah Bahiyah di surau JKR masa waktu sembahyang jumaat.... Ustazah dah senyum meleret.... mama lak buat muka cekang! uhuuuu! tak kira! Nak masukkan juga gambar ni dalam blog!

Dan hari ni, hari keenam mama bertugas di tempat baru, dapat penempatan baru lagi. Dari Komtar, mama di tempatkan pula ke Bertam.... Alhamdulillah...syukur sekali lagi.... mama tak payah berulang pergi balik naik feri & jambatan.... Sekarang, kehidupan kita sekeluarga dah kembali normal...dan mama rasa lebih selesa sekarang... Harapan mama dan papa, juga tok dan tok wan, semoga satu hari nanti jawatan contract for service ini akan diserap ke jawatan tetap..... Amin.....