May 6, 2011

I love u all....!

Coretan mama kali ini mungkin berbeza sikit... selama ni mama tak pernah luahkan kesedihan di sini. Tapi kali ni mama dah tak boleh tahan... beban kerja di tempat baru sangat berat! Dengan boss & kakitangan yang psyco dan sombong...

Memang mama bersyukur dikurniakan jawatan dan gaji sekarang... itu lah rezeki adik-adik Maira yang Allah bagi setelah mama runsing fikirkan perbelanjaan adik-adik kembar Maira yang bakal lahir. Alhamdulillah mama rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk terus berada dalam agensi kerajaan biarpun secara kontrak lagi.

Tapi mama kesal dengan sikap manusia-manusia di sini yang mama sendiri tak tahu apa yang mereka fikirkan. Mama tak boleh terima bila terpaksa  balik lewat bila tak ada kerja... mama tak boleh terima bila beban kerja setiap kakitangan tidak seimbang. Dengan emosi mengandung sekarang, mama cukup tertekan!

Mama cuba untuk berfikiran positif, belajar menerima keadaan seperti biasa dan seperti rakan sekerja yang lain... tapi mama tak mampu, sebab mama tahu beban kerja mereka tidak seperti mama!

Mama sangat tertekan sayang... sungguh tertekan. Dalam situasi sekarang, mama sangat bersyukur kerana papa sangat memahami. Sedikit pon papa tak pernah merungut atau mendesak. Malah papa sentiasa menyokong dan menasihati mama supaya terus cekal dan tabah. Tapi perasaan serba salah mama selalu menghantui bila mama tak dapat sempurnakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri kepada Maira dan papa... Maafkan mama!...