Jun 23, 2009

Sekadar coretan

It's 8.59pm. Maira tengah tido. Mama sebenarnya runsing sekarang ni. Mami Liza yang mengasuh Maira sekarang ni mengandung. Selang 2 minggu dia akan pi check up, tiap2 hari rabu & khamis. Bila hari rabu dan khamis mama dengan papa akan menggelabah. Terpaksa minta tolong tok jaga Maira. Mama dah banya menyusahkan tok. Kesian tok.Kesian juga kat papa. Balik keja pukul 10 malam, nak balik Kulim, esok pagi pukul 6 dah bangun, nak rush gi keja. Pastu petang balik Kulim pulak ambil Maira. Mama dengan papa fikir nak tukar pengasuh. Dah dapat cari kat tingkat 11 blok kita. Tapi bila mama cakap kat mami Liza, dia macam tak mau lepaskan Maira. Katanya dah sayangkan Maira. Tapi bila dia 9 bulan nanti, tiap2 minggu akan pi klinik check perut. Dah bersalin nanti, lagi parah mama. Dia senanglah cakap "Su hantar kat mak su lah, kak cuti sebulan aja, belum abis pantang kak dah ada sini balik". Huh! Nanti dengan anak dia lagi, dengan Alif (budak yang dia mengasuh juga umur 1 tahun)lagi. Alif tu dah la pernah gigit tangan anak mama sampai berbekas! Ini buktinya!...

Sedih mama.... bila mama pergi cakap kat dia, dia cakap minta maaf jer...tak perasan pon bila Alif buat mcm tu kat Maira. Lepas tu, petang tu sekali papa ambil Maira kat rumah dia, bila balik rumah papa tengok pampers Maira ada taik...dah kering! Maksudnya dah lama Maira berak, tapi dia tak perasan atau buat-buat tak perasan tak taulah mama.. Pernah juga petang tu mama pi nak ambil Maira, bila dia buka pintu mama tengok maira tengah merangkak, Alif duduk kat atas belakang Maira! Hangen betul mama...!

3 faktor ni saja memang dah cukup untuk mama berenti dari hantar Maira dekat dia. Tapi mama tak sampai hati nak cakap macam mana lagi dekat dia, sebab masa mama cuba cakap 2-3 hari lepas nak tukar pengasuh bila dia bersalin nanti, dia cakap nak hantar dekat dia balik lepas dia bersalin pon tak apa...sebab dia cakap dia dah sayang kat Maira... (Kunun nye la...)

Mama dengan papa buntu lah... kami memang ingat nak hantar kat pengasuh baru je terus..tapi dia minta hantar balik dekat dia bila dia abis pantang... macam mana ni......????!!!