Jan 18, 2009

Mi kuah resepi ummi

Hari jumaat tu ummi bagi mama resepi mu kuah... mama teruja nak buat hari ni! Lepas keja mama pegi carrefour beli barang-barang untuk resepi baru! Kemarin, lepas bangun tido lebih kurang pukul 10 pagi (pergghhhh! sedap tido weh!) mama mandikan bucuk mama ni & lepas semuanya dah selesai, mama pon bersilat lah kat dapur dengan bahan-bahan untuk buat mi kuah ni...


Belum pon pukul 12 tengahari, mi kuah ala ummi dah siap... errmmmm... tak lah susah sangat nak buat mi kuah ni... Inilah hasilnya....


Pukul 4 papa balik, dengan bangganya mama mempersembahkan mi kuah istimewa ni untuk papa... Mula-mula papa buat muka hairan, papa tanya mama bila beli barang2 buat mi ni... hehe! Surprise!!!! semalam lepas balik dari carrefour sengaja mama sorokkan barang-barang yang mama beli dalam peti ais, dengan niat nak bagi papa kejutan! Hehehe...
Papa makan tambah... sedap ke? .... Musti lah sodappppppp..... berani papa kata tak sedap???!!!