Dec 5, 2011

My Big Family

Alhamdulillah.... 4 September 2011 menyaksikan detik bersejarah dalam hidup mama bila mama lahirkan adik kembar Maira. Dhia Qaisara & Dhia Qistina nama diberi...

Mama cuti 90 hari dan hari ini hari pertama mama bertugas semula. Walaupun kerja x banyak lagi, tapi aura stress sudah menampakkan bayang, dan gelombangnya semakin hampir kepada mama. Mampukah mama menepisnya...? Ya Allah... kuatkanlah aku dalam menempuh alam pekerjaan yang penuh dengan tekanan ini.

Berbalik kepada kisah adik-adik Maira... Qaisara & Qistina sudah genap 3 bulan. Dah pandai senyum, dah pandai bersembang. Tapi mama tak faham apa yang Q&Q bualkan. Hidup mama bertambah sempurna dengan kehadiran anak2 mama yang comel2 semuanya! Walaupun penat dan letih, tapi mama bahagia. Mama bersyukur sangat dengan anugerah Illahi dan ketetapanNya terhadap mama....

Sekarang Maira dah ada 2 adik.... Keluarga kita makin besar. Ini menunjukkan mama & papa semakin 'tua'. Ahakkksss! Semoga Allah permudahkan mama & papa dalam menjaga, mendidik & membesarkan kalian...

Sebelum cukur kepala....

Dah botak!

Pergi jumpa nenda di Perlis.... hari ke 42

3 Puteri kesayangan mama & papa!

May 6, 2011

I love u all....!

Coretan mama kali ini mungkin berbeza sikit... selama ni mama tak pernah luahkan kesedihan di sini. Tapi kali ni mama dah tak boleh tahan... beban kerja di tempat baru sangat berat! Dengan boss & kakitangan yang psyco dan sombong...

Memang mama bersyukur dikurniakan jawatan dan gaji sekarang... itu lah rezeki adik-adik Maira yang Allah bagi setelah mama runsing fikirkan perbelanjaan adik-adik kembar Maira yang bakal lahir. Alhamdulillah mama rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk terus berada dalam agensi kerajaan biarpun secara kontrak lagi.

Tapi mama kesal dengan sikap manusia-manusia di sini yang mama sendiri tak tahu apa yang mereka fikirkan. Mama tak boleh terima bila terpaksa  balik lewat bila tak ada kerja... mama tak boleh terima bila beban kerja setiap kakitangan tidak seimbang. Dengan emosi mengandung sekarang, mama cukup tertekan!

Mama cuba untuk berfikiran positif, belajar menerima keadaan seperti biasa dan seperti rakan sekerja yang lain... tapi mama tak mampu, sebab mama tahu beban kerja mereka tidak seperti mama!

Mama sangat tertekan sayang... sungguh tertekan. Dalam situasi sekarang, mama sangat bersyukur kerana papa sangat memahami. Sedikit pon papa tak pernah merungut atau mendesak. Malah papa sentiasa menyokong dan menasihati mama supaya terus cekal dan tabah. Tapi perasaan serba salah mama selalu menghantui bila mama tak dapat sempurnakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri kepada Maira dan papa... Maafkan mama!...

Feb 9, 2011

Maira nak jadi kakak!

3 February 2011.... Doktor Nasran sahkan mama dah 5 weeks pregnant! Dalam erti kata lain Maira akan dapat sorang adik dan akan jadi kakak tak lama lagi :) What a wonderful life!

Alhamdulillah.... bersyukur mama ke hadrat Illahi dengan rezeki yang Dia turunkan kepada kita sekeluarga. Mama cuba jelaskan yang Maira akan dapat adik... Maira angguk aje..tapi mama tak pasti setakat mana Maira faham dengan hakikat ini.

Maira mula cerita pada tok yang 'baby ada dalam perut mama'. Maira nampak macam seronok nak dapat adik, tapi dalam masa yang sama Maira semakin suka merengek dan buat perangai. Tok yang cakap Maira nak alah dengan adik, sebab tu Maira buat perangai macam tu... Ketahuilah sayang... kasih sayang mama dan papa pada Maira takkan kurang sedikit pon... Mama dengan papa sayang Maira dan adik Maira yang akan lahir nanti!