Mar 21, 2009

Doktor Jahat!

Pagi tu badan Maira panas. Mama nak pergi kerja pon risau. Papa dan ambik EL nak bawa Maira pergi klinik. Baru pukul 7.00am, klinik panel papa buka pukul 9.30. Mama ajak papa pergi Klinik Kesihatan Seberang Jaya sebab klinik ni buka pukul 7.30.

Lepas daftar di bahagian pesakit luar, suhu badan Maira diambil, 37.6 darjah celcius, lega mama...tak lah teruk sangat anak mama demam.Mama pon pegang Maira sambil tunggu giliran jumpa doktor.Bila nombor keluar, kita masuk jumpa doktor perempuan, Nor Zeina namanya. Doktor yang nampak macam kelam kabut ni (mungkin ramai staff yang mc hari tu - dia pulak pegawai bertugas) periksa Maira, dia tanya mama dah berapa hari demam, mama jawab 3, pastu mama bagitau dia ruam kat badan Maira tak hilang-hilang. Dia belek-belek Maira, pastu dia suruh refer Hospital Seberang Jaya. Mama dah cuak. Nampak macam serius aja anak mama ni.Mama pon call office amek EL jugak. Lepas daftar di Hospital Seberang Jaya, Maira kena tahan di Wad kanak-kanak. Aduhai... cian kat anak mama. Maira nampak aktif dan tak nampak sakit pon. Mama pon hairan dengan suhu badan Maira 37.6 darjah celcius dah kena admit wad???

Tak cukup dengan itu, yang paling mama tak boleh sabar, doktor-doktor muda yang ambil darah Maira langsung tak bagi peluang mama tengok anak mama. Dari luar bilik rawatan mama dengar suara Maira menangis, kuat sangat. Bodoh punya doktor! Mama mula geram. Nasihat jururawat suruh mama duduk tak mama peduli. MAma terus berdiri di pintu bilik rawatan tunggu anak mama. Papa kena balik rumah ambil barang-barang Maira. Sampai dekat setenggah jam mama dengar Maira nangis, mama dah tak boleh sabar. Mama cakap kat sorang jururawat mama nak masuk tengok Maira. Misi bangang ni cakap sila tunggu di luar, doktor tak dapat cari urat lagi, sebab tu lama.... Mama hangin ler!!!! Mama terus cakap kat dia nak bawa Maira pergi Hospital swasta! 5 minit lepas tu baru diorang bawa Maira keluar, mama tengok Maira menjerit menangis sampai tak keluar suara. Pilu hati mama, terus mama rampas Maira dari misi bengong tu, sampai aja dalam dakapan mama, maira terus peluk mama kuat, pastu Maira diam, tapi masih tersedu-sedu...air mata mama mula mengalir.... semua doktor dan misi yang tengok tak berani tegur mama.

Masa tunggu papa untuk settlekan pengeluaran Maira dari hospital, mama kena duduk dulu dalam wad dengan Maira. Lantai yang berhabuk dan bising mama tengok sangat tak sesuai untuk orang sakit. Doktor-doktor muda yang berlagak bagus di sini langsung tak caring. Sepatutnya tunjuk lah sikit sikap mesra kanak-kanak since u all tu keja kat wad kanak-kanak. Dengan parents pon cakap macam nak tak nak aja.Patutlah orang yang sakit bertambah sakit di sini. Dari pukul 10.30, mama duduk di katil dengan Maira, sampai lah pukul 1 tengahari. Mama pergi tanya di kaunter, bila mama boleh bawa keluar anak mama, dengan selamba misi bangang tadi jawab " Sila pergi ke kaunter bayaran di depan dekat farmasi" BODOHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!! Sekali mama saon dia "Oh ye ke??? Kalau saya tak tanya ni tak bagitau lah????!!!!"

Geram betul mama, dekat 3 jam tunggu di katil dalam wad dengan papa, tak ada seorang misi atau doktor pon datang bagitau apa-apa. Lepas settle bil mama terus ajak papa balik rumah. Maira nampak happy saja... mama tengok anak mama sihat saja.... Alhamdulillah... anak mama dah baik demam....
Maira lepas penat menangis...tertido dengan tangan lebam sebab kena cucuk..

"Mama, jom la balik...doktor kat sini jahat....."