Dec 19, 2013

Back To Work

Hari ke 91 Achram Daniel di dunia... mama naik kerja hari ni. Sayu hati nak tinggal Achram tadi tapi apakan daya.. tuntutan kerja memaksa mama untuk keluar tinggalkan Achram & kakak-kakak.

Haaaa.... closed up dari tapak kaki gitew... kau hade? heheh!



Alhamdulillah mama bersyukur sangat kali ni susu untuk Achram cukup untuk mama tinggal pergi kerja.



Hari ni dah 2 kali mama pam susu di pejabat... dan tiap kali pam mama teringatkan Achram. Anak mama tengah batuk sekarang.. tak lalu sangat minum di botol.. nak melekat dengan mama jer... macam mana lah Achram kat rumah sekarang ya... Tapi mama tahu & mama yakin imam mama ni kuat! Get well soon sayang!

Mama rindu Achram... mama rindu kakak Tina... mama rindu kakak Sara... mama rindu kakak maira... semua mama rindu... Oh! Tuhan.... indahnya perasaan ini...

Day 1 mama naik kerja... kena lah pergi site dulu kan... tengok perkembangan & progress... then baru boleh taw macamana & kerja apa nak buat. Posing sekali  ;)



Ahakssss! poyo pulak rasanya... tapi mama suka! Nanti bila u all besar.. baca blog ni & tengok skali gambar2 mama masa muda2 heh!

Balik je dari site mama terus pegi pam... dan petang sebelum balik pam lagi... dan Alhamdulillah inilah hasilnya rezeki anak mama untuk hari ini...

 



Oct 21, 2013

Lahirnya Putera Hati Mama

Tarikh EDD mama adalah 3 Oktber 2013. Tapi mama ambil cuti awal sebab mama rasa baby dalam perut mama akan keluar awal. Maira dulu awal 12 hari dari EDD. Qaisara & Qistina pula awal 4 minggu (ketuban mama pecah kat Padang Kota masa hari raya ke-6!). Jadi, berdasarkan pengalaman 2 kelahiran ni mama dapat agak baby boy mama pon akan keluar awal dari EDD jugak .. Jadi mama apply cuti bersalin awal 2 minggu dari EDD (paling awal boleh mohon dalam perkhidmatan awam). Jadi last day mama keja sebelum cuti adalah 18/10/13.

Malam hari Rabu 18/10/13 tu mama masak & makan macam biasa dengan papa... ada rasa sakit sikit-sikit tapi mama tak rasa itu sakit nak besalin.. Tengah malam pukul 4 pagi baru ada rasa sakit lain macam (sebenarnya mama dah lupa sakit nak  bersalin tu macamana). Papa dah ajak pi hospital tapi mama cakap OK lagi... nak tunggu lepas sembahyang subuh pukul 6 pagi baru mama ajak papa pi hospital.... dan Alhamdulillah anak lelaki mama lahir pada 7.37 pagi tu...

Hari ni Achram Daniel dah 33 hari. Mama uploadkan gambar-gambar putera mama setakat hari ini untuk tatapan dan kenangan... Insyaallah nanti mama upload banyak lagi gambar Achram & kakak2..

Achram - Day 1
 
Achram - Day 5
 
Tahnik Achram - Day 7
 
Achram - Day 10
 
Achram Day 20
 
Our Big Family On Eidul Adha
 
 
Semoga mama diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anak mama dengan penuh kasih sayang..
 
 
Kali ni mama nak cuba susukan Achram secara ekslusif... kalau tak sampai 2 tahun pon, 6 bulan jadi lah... waktu Maira, Qaisara & Qistina mama beum cukup pengetahuan tentang penyusuan ekslusif ni... This time mama harap mama mampu lakukan!
 
 


Jul 30, 2013

21 Ramadan

Hari ke 21 puasa.... mama sangkakan mama sekuat waktu mengandungkan Qaisara & Qistina dulu... Rupa-rupanya tidak. Mengandung di bulan puasa kali ni lebih mencabar dan letih. Tahun 2011 bulan buasa jatuh pada bulan ke 8 mama mengandung Qaisara & Qistina. Mama mampu puasa penuh.  Tahun 2013 ni usia kandungan mama baru 7 bulan. Tapi baru 21 hari puasa mama dah pancit 2 hari! Mungkin faktor usia mempengaruhi stamina mama yang semakin menurun.. isk...isk.. isk... Ini baru umur 32 tahun &nak masuk anak ke-4... Macamana mama nak achieve target nak dapat 6 org anak ni...???!!!

 
 
Ini baru 3 orang anak... Jenuh mama nak kawal. Memang mama sorang tak mampu. Maira pulak sekarang suka merajuk kalau mama minta suruh beralah dengan adik-adik. Tengoklah muka dia kat atas tu! Masam je kena kongsi main dengan adik!
 
 
Qaisara & Qistina baru nak masuk 2 tahun bulan  September ni. Dah nak dapat adik. Mama tak tau lah macamana keadaan nya nanti. Sekarang pon kalo tido nak dengan mama jer.. Bila lena papa letak kat tempat tidur lain, tengah malam jaga mesti mai panjat katil mama sondol perut mama jugak.. adoi la anak-anak mama ni... nak marah sayang... tengok mata stim u all pon mama dah tak jadi nak marah! Sondol lah... tariklah rambut mama... tidur lah atas perut besar mama.... asalkan u all bahagia!
 
 
Bila mama bersalin nanti tak tau lah macamana. Semoga Allah bagi kemudahan untuk mama hadapi cabaran membesarkan anak-anak mama. Mama tahu mama mampu... sebab tu Allah pilih mama! Mama sayang anak-anak mama!

Jul 18, 2013

Setelah sekian lama


It had been a long time since mama buat entry pasal kesihatan anak-anak mama... Hari ni jari-jari gemok mama terasa nak update at least something untuk bacaan anak-anak mama bila u all dah akhil baligh nanti!

Banyak betul peristiwa-peristiwa pahit dan manis yang berlaku pada tahun ni yang belum sempat mama updatekan di sini. Biar mama senaraikan dulu sementara masih ingat...

January 2013 - Genap setahun pemergian arwah nenda

18 January 2013.... genap setahun nenda pergi menyahut seruan Illahi. Terasa seperti baru semalam mama melawak dgn nenda. Nenda suka pergi kedai @ supermarket. Kalau tengah sakit pon bila ajak pergi kedai mesti terus tak sakit! Itulah nenda kalian... seorang wanita yang cekal dan tabah dalam melalui ujian hidupnya. Muka manis nenda itu sentiasa tersenyum bila berceloteh dengan cucu cicit. Kini segalanya hanya tinggal kenangan... Pemergian nenda disusuli dengan 1001 kepahitan dalam keluarga kita terutamanya tok yang... semoga tok yang tabah dan terus kuat mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan...

February 2013 - Kita dapat kunci rumah baru

28 February 2013... Alhamdulillah! Setelah lebih 2 tahun menanti, akhirnya pada tarikh ini papa & mama sangat happy. Kami sanggup ambil cuti untuk datang ke majlis serah kunci dan pemilikan kosong Taman Wakaf Seetee Aisah! Di usia menjengah 32 tahun, baru papa & mama mampu memiliki rumah sendiri. Kalau nak dibandingkan dengan sepupu Maira sebelah mama & papa, ummi Widaad & papa Xinnirah lebih dulu beli dan memiliki rumah. Mama dengan papa kawen pada tarikh yang sama dengan ummi Widaad dan papa Xinnirah 6 tahun yang lalu. Rezeki mereka untuk memiliki rumah sendiri datang awal sebelum usia mencecah 30. Mama & papa dah masuk 32 tahun baru mampu duduk rumah sendiri setelah sekian lama duduk rumah flat! Apa pon mama & papa tetap bersyukur di atas rezeki Allah. Dia telah mengaturkan rezeki hamba-hambanya dan itu lah yang terbaik untuk hamba-hambanya…

March 2013 - Bulan kesentapan kewangan mama&papa... menguruskan rumah baru

Bulan ni memang mama & papa Krok! Krek! Habis wang simpanan yang selama ini punya susah nak simpan, senang-senang dikeluarkan untuk menampung kos masuk rumah baru. Bukan buat renovation apa pon. Papa & mama cuma  buat grill & kitchen cabinet. Lepas tu pasang aircond rumah lama kat bilik Maira & beli 1 unit baru untuk bilik mama & papa. Then beli & install lampu & kipas. Gedebuk-gedebak gedebuk-gedebak  dah 20k! Adoi! Uban bertambah kat rambut papa, rambut mama pula makin banyak yang luruh!

April 2013 - Maira masuk sekolah , Pindah rumah baru & ambil bibik

5 April 2013 Maira mula masuk sekolah tadika. Mula-mula papa & mama ingat nak hantar Maira pergi tadika waktu umur 6 tahun. Tapi setelah mempertimbangkan pro & cons yang berjela-jela, we decided to send Maira to school this year. Maira masuk tadika agak lewat, semester 1 dah dekat nak habis. Nama kindergarden Maira ialah STAR KHALIFF ISLAMIC SCHOOL.

19 April 2013 … kita pindah masuk rumah baru. Mama nampak keceriaan di mata papa. Keseronokan yang sangat sukar untuk digambarkan! Mama juga gembira.. Alhamdulillah… dapat merasa duduk rumah sendiri. Lepas ni menggelupur untuk bayar instalment rumah lah pulak! And on the same date, mama & papa pergi ambil bibik di Sungai Petani. Sebelum ni kita tak pernah ada bibik. Berbulan-bulan juga mama & papa fikir pasal sapa nak jaga Maira, Qaisara & Qistina bila kita pindah rumah baru. Pengasuh sekarang baru je beranak, dan mama dapat rasa dia dah tak berminat untuk terus mengasuh. Setelah ditambah, tolak, bahagi, kali, punca kuasa dua, sin, kos, tan dan sebagainya, mama & papa buat keputusan untuk ambil bibik.

May 2013 – Maira , Qaisara & Qistina demam campak

Mula-mula Maira demam, mama sangat lah takut jangkit kat adik-adik yang kecik-kecik lagi tu….! Punyalah pedo…makan, tempat tido, basuh baju, semua mama asingkan! Alih-alih QnQ terkena jugak ngam-ngam lepas Maira baik sepenuhnya! Mama redha… rengekan QnQ memang setiap masa. Gatal, miang & sakit. Mama faham sayang… kalian masih kecil.. masih belum mengerti apa-apa. Tapi Allah pilih kita untuk ujian ini. Dan kita mesti hadapi dengan kuat & tabah!

June 2013 -  Batu cincin mama jatuh & Sport Day Maira

It was Sunday, June 16th. Lepas solat asar.. masa angkat tangan nak berdoa, mama notice that batu cincin white gold mama dah tak ada! Taka da air mata untuk menangis, tapi mama sangat sedih! Cincin pertunangan mama, cincin emas putih. Sayu… Pilu… Sekarang cincin tu mama simpan aja sampai ada duit nak pasang batu baru… huk..huk!

29 June 2013 Maira ada Sport Day. Papa Cuma dapat datang waktu opening ceremony sebab ada kerja di pejabat and on the next day papa kena pergi out station ke Sarawak. Mama temankan Maira sampai habis. Maira masuk isi air dalam baldi & lari ikat kaki berpasangan. Tapi tak menang. Kesian maira… Maira tanya mama, “mama, Maira dapat 2 markah tapi kenapa Maira tak menang?” Giler sentap hati mama.. nak aje mama pi rasuah cikgu Maira suruh bagi gak hadiah kat Maira. Tapi lepas pujuk, Maira nampak OK sikit, terus mama ajak Maira pi makan Mc’Donald!

And now is July.

Kita sambut Ramadan pada 10 July 2013. Maira cakap nak puasa tapi koko crunch & susu tak tinggal! Hehehe…! Sabar je lah. Mama ikut je rentak Maira. Di sekolah pon mama bagitau cikgu Maira tak puasa. Takut jugak kalau Maira declare cakap puasa, nanti cikgu tak bagi makan, balik rumah lembik anak mama! And as of today, dah 9 hari kita di bulan yang penuh barakah ini. Semoga ibadat kita diterima Allah dan terpeliharalah iman kita sehingga akhir hayat.

Baju raya? Hehehe… baru semalam pergi beli baju raya papa, Maira, Qaisara & Qistina. Mama jugak belum jumpa baju raya sebab tak ada saiz & Patern yang menepati citarasa. Al maklumlah… lagi 2 bulan Maira nak dapat adik lagi! Hehehe!

OK then… cukup dulu buat kali ni… entry kali ni tak ada gambor… Next entry insyaallah mama cerita & upload gambar ya. Luv u all!

 

 

 

 

 

Apr 30, 2013

Maafkan Mama Sayang...

Maira demam panas... sejak jumaat lepas. Lepas balik dari sekolah mama mandikan Maira mama dah rasa lain tengok bintik-bintik kat belakang badan Maira. Malam tu jugak papa bawa Maira pi klinik dan docr sahkan Maira campak...... Doc suruh Maira rehat kat rumah... Kesian anak mama.. Makin hari makin banyak campak keluar... terusik hati mama bila sabun kan Maira mandi... mama dapat rasa biji-biji di seluruh badan Maira... Hari pertama Maira tak nangis... tapi masuk hari kedua & seterusnya badan Maira makin panas... Mama sayu nak pergi kerja bila dengar rengekan Maira...


Diari kesedihan mama tak berakhir disitu. Dalam Maira tengah demam campak... Allah uji mama & papa lagi dengan Qaisara. Semalam, lebih kurang jam 11.30 malam, Qaisara jatuh tangga... dahi berlubang. Allahu Akhbar!

 
Maafkan mama sayang... mama cuai! Mama lalai dengan amanah yang Allah berikan pada mama.! Tergolek Qaisara jatuh berguling di tangga. Malam semalam suara tangisan Qaisara memecah kesunyian Taman Wakaf Seetee Aisah. Kenapalah mama cuai sangat...

Terus mama & papa bawa Qaisara ke hospital... Doc cakap luka memang dalam, tapi vertical. Jadi doc buat dressing dan gam saja. Qaisara memang anak yang kuat. Tak nangis langsung sepanjang rawatan. Alhamdulillah... Qaisara tak perlu ditahan di wad.

Bila tokyang & tokwan tahu nanti mesti mama kena marah. Maafkan  mama sayang... mama x sengaja...Kalau  boleh mama nak tanggung semua kesakitan anak-anak mama...

Apr 12, 2013

Achmar Humaira Masuk Sekolah

Last week mama rasa excited nak hantar Achmar Humaira pergi sekolah. Tapi kesian Maira tak masuk sekolah awal tahun macam budak-budak 5 tahun yang lain. Initially papa & mama decided nak hantar Maira pi sekolah by age 6. Tapi selepas mempertimbangkan beberapa faktor dan keadaan semasa, we agreed to send Maira to school. Maira was very excited at the first time when she got to know that she's going to school.
Petang tu Maira dah try pakai baju sekolah.. Maira tidur awal malam tu sebab excited nak bangun awal pergi sekolah...
Dan pagi esoknya Maira sangat happy. Mudah mama untuk mandi & siapkan Maira. Senyuman dibibir anak sulung mama menceritakan kegembiraan dihatinya! Anak mama dah besar......
Mama & papa rasa lega dan gembira sangat Maira dapat masuk sekolah tanpa air mata di hari pertama. Semoga Maira rajin belajar & peroleh keberkatan dalam menuntut ilmu.
 
 
Masuk hari ketiga, Maira mula merengek tak mau pergi sekolah. Aduhhhhh....! Tersentuh hati mama bila air mata berjurai-jurai membasahai pipi comel Maira bila mama hantar Maira ke sekolah. Paling meruntun jiwa bila Maira tarik baju mama bila cikgu ajak masuk dalam kelas. Mama terpaksa kuatkan semangat dan berlagak seperti biasa. Lepas cikgu dapat pegang tangan Maira, cepat-cepat Mama masuk dalam kereta. Mama tengok cikgu bawa Maira masuk kelas. Mama nampak Maira kesat air mata dan berhenti menangis. Alhamdulillah... Mama terpaksa terus tinggalkan Maira sebab mama tak mau tengok Maira menangis lagi.
 
Hari ni sudah 1 minggu Maira pergi ke sekolah. Menurut cikgu, tangisan Maira hanya sebelum masuk kelas tu saja. Lepas masuk dalam kelas Maira dah tak menangis dan pandai bawa diri. Cuma Maira sedit pendiam. Mungkin sebab belum ramai kawan yang dikenali sebab Maira budak baru di sekolah. Mama yakin Maira akan boleh hadapi itu semua... Maira anak mama pandai berkawan...
 
Kadang-kadang cikgu bagi Maira homework. Mama & papa bergilir-gilir tolong Maira buat homework sebab salah sorang kena tidurkan adik Qaisara & Qistina. Maira boleh menulis, walaupun tulisan Maira masih banyak yang perlu diperbaiki. Tapi OK lah kan... 1st time goes to school and she manage to hold a pensel & write A,B,C in a week time!


Mama doakan anak-anak mama terang hati dan mudah menerima pelajaran. Semoga Maira membesar menjadi anak yang bijaksana dan bertaqwa.... Mama sayang Maira, Qaisara & Qistina...!