Jun 3, 2009

2 tahun usia perkahwinan

Semalam 2 June 2009 genaplah 2 tahun usia perkahwinan mama dan papa. Papa bisik kat telinga mama "Happy 2nd Anniversarry"... mama rasa damai sangat... seronok...bahagia.... Dah 2 tahun kami bersama, dan usia Maira sekarang 10 bulan. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesejahteraan untuk keluarga kita... Papa cakap dekat mama nak pergi 'celebrate' kat Singapore lagi 2 minggu...tapi tengok budget dulu lah... Passport Maira dah buat hari ahad lepas. Kalau jadi pergi mama akan sisipkan memory kita ke sana dalam blog nanti...
Semalam mama pergi sain aggrement... Lepas sain mama dapat satu salinan. Dalam aggrement tu cakap mama ada 25 hari cuti berbanding 15 hari dalam taklimat masa mama lapor diri di KL hari tu. Sekurang-kurang nya ini berita baik, lepas mama dapat tahu gaji mama tak boleh dibayar selagi aggrement belum selesai.
Tah lah sayang.... kadang-kadang mama rasa happy sangat dengan kerja sekarang...tapi kadang-kadang mama rasa sedih...ya lah..sampai bila nak kerja kontrak, tak ada bonus, tak ada increment...Maira makin besar, kos makin tinggi... Dulu masa mama kerja Roadbuilder dengan Muhibbah, gaji memang best... tapi masa mama kerja memang packed. Hari sabtu pon mama kerja full day. Mama resign sebab mama nak settle down and spend more time with papa and Maira. Kadang-kadang menyesal resign dulu, tapi bila tengok mata bulat anak mama, mama rasa syukur sangat sebab keputusan mama untuk quit dari company-company tu dulu berbaloi untuk mama,papa dan Maira... Sempat lah jolly pergi London ...
Walau bagaimanapun,sekarang mama dah bekerja di JKR sebagai Jurutera Awam J41. Mama bersyukur, sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa mama untuk bertugas sebagai penjawat awam dan ditempatkan di Pulau Pinang. Allah dah makbulkan doa mama. Cuma sekarang mama harap sangat akan dapat jawatan tetap dalam masa terdekat ni. Mama dah penat fikir pasal kerja, pasal duit... Mama nak rilek sekarang... luangkan masa untuk keluarga mama.... Itulah sebenarnya matlamat mama....