Jan 12, 2009

Alhamdulillah..

Pejam celik pejam celik sudah pon kita menjengah ke tahun baru. Mama terpanggil lagi untuk menulis. Sekarang kita dah masuk 1430 hijrah... Alhamdulillah... Allah masih beri peluang kepada mama untuk terus bernafas di bumi ini. Mama bersyukur... hari ini masuklah hari ke 589 mama dan papa bergelar suami isteri dan umur Maira sekarang 5 bulan 5 hari. Segalanya berjalan dengan lancar... Mama bahagia dengan kehidupan mama sekarang.. bersama papa dan Maira... dan bila-bila nak balik kampung jumpa tok & tokwan pon kita senang.... sebab dekat!

Yang mama risaukan sekarang, papa kata tahun baru ni mungkin ada rombakan besar di tempat kerja papa.. Ada kemungkinan papa akan ditukarkan ke tempat lain... kebarangkaliannya tak lah besar, tapi kemungkinan tetap ada. Apa yang mama boleh katakan, mama tak tahu... Cuma mama teringat ummi pernah cerita pada mama tentang solat hajat yang ummi pernah buat baru-baru ni... (tak perlulah mama ceritakan kenapa ummi buat solat hajat), cuma di sini, mama terdetik untuk berdoa...

"Ya Allah... seandainya bagimu penghijrahan suami ku ke tempat lain adalah yang terbaik untuk masa depannya dan keluarga kami, maka Kau dorong lah kami ke arahnya, Kau tunjukkanlah kami jalan untuk menghampirinya.... Tapi Ya Allah... seandainya kerjaya dan tempat kerjanya sekarang adalah yang terbaik untuk kami, maka kami redha dan berserah segalanya padamu Ya Allah..."

Mama bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan yang akan datang.. kerana mama tahu itu semua adalah ketentuan dariNya. Yang penting, papa dan Maira sentiasa ada di sisi mama...