Sep 9, 2009

Selsema oh! selsema


Sejak dari awal minggu lepas mama rasa macam ada yang tak kena dengan mata mama. Mama ingat sebab puasa, mata mama berair sebab memandu pada waktu panas terik. Lepas dua tiga hari mama bersin tak berhenti. Mama ingat masalah resdung... Bila sampai hari sabtu air mata, air hidung semua mula keluar tanpa diundang. Isk... rimas betul mama. Mama terpaksa biar papa dodoikan maira tidur, sebab takut selsema maira yang baru sembuh datang semula. Setiap 10 minit mama akan bersin... tak selesa betul rasanya. Masa tu mama tak terfikir pon yang mama kena flu. Sampai malam Isnin, papa cakap dengan mama mungkin mama selsema. Oh! selsema rupanya. Mama ingat hidung mama dah expired! Papa cadangkan mama minum ubat selsema Maira yang masih berbaki. Habis 1 botol mama telan. Esoknya waktu sahur baru lega sikit... Alhamdulillah...


"Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun. "