Nov 14, 2012

Autumn In My Heart - Korea Part 2

Day 3
 
Our first night at hotel was wonderful. Hotel Class 300 yang bertaraf 3 bintang ni memang best. Cuma tuala jer yang kureng sket. Tuala mandi sekecil-kecil tuala. Nak balut badan pon tak lepas! Tapi room condition was very awesome! Up to my expectation!
 
Hari kedua mama dapat selsema. Mama selsema agak teruk jugak. Ubat selsema yang tak mengantuk pulak hilang. Kawan mama ada bagi ubat, tapi tak jalan... Sedih... Mama cuba untuk lawan, sebab mama tak nak lepaskan peluang untuk menikmati keseronokan di bumi Korea selama 4 hari 6 malam ini. I try to think positive and fight with my flu...

Breakfast di hotel kena berjaga-jaga. Bukan macam hotel kat Malaysia. Most of the meat are non halal dan ada juga pork yang dihidangkan bersebelahan dengan hidangan seperti sayur. According to our tour guide nasi goreng yang dihidangkan adalah halal since it is vegetarian nasi goreng. Ada juga antara kami yang ambil. Tapi mama & papa kurang yakin so we just had our breakfast with bread, red bean & omelet.... alhamdulillah... kenyang :)
 
Our first destination was Kimchi School. Di sini diajar cara-cara untuk membuat Kimchi. Lepas tu setiap pelawat diberi peluang untuk membuat Kimchi sendiri.  
 
 macam peserta master chef pon ader jugak
 
sebilangan daripada 16 orang dalam group kami

Inilah ramuan-ramuan yang digunakan untuk menghasilkan Kimchi
 
 
Selepas siap membuat Kimchi, kami dibawa untuk mencuba pakaian tradisional masyarakat Korea yang dikenali sebagai 'Hanbok'. Semua orang tak melepaskan peluang untuk beraksi dalam pakaian yang cantik-cantik ini secara percuma memandangkan bayaran memakai  pakaian ini adalah termasuk dalam pakej.  

 all of us
 
maharaja bersama maharani
 



 pose tak hengat!
 
Lepas puas posing, kami bertolak ke Everland. Everland ni ala-ala Disneyland lah kiranya. Selsema mama getting worst. Air hidung & air mata sama banyak keluar! Mama cover dgn sunglass. Nak jalan pon tak larat. Mama banyak duduk je. Cuma 2 benda yang mama & papa naik, cable car & roller coaster. Perghhhh!!!! Roller coaster kat sini tahap tenuk punyer ganas! This roller coaster is the 2nd tallest wooden roller coaster in the world! Mama tak nak naik pada mulanya, tapi papa ajak naik jugak... he will take care of me if anything happen. Well... kesian kat papa... mama pon naik juga roller coaster yang sangat horror tu... dan alhamdulillah... selamat mendarat lepas 10 minit. Terus baik selsema lepas turun dari roller coaster tu! Tapi dalam 10 minit tu Allah saja yang tau 'gelora di hati sara'. Huh! Tobat tak nak naik lagi! 
 


Semua orang kesian tgk muka mama yang selsema
 
sangat tak larat!
 
 
beratur nak naik roller coaster... are u sure???
 
Selepas beberapa minit mendarat
 
 
 Thanks papa... mama dah baik selsema lepas turun roller coaster...  kat belakang tu lah track roller coaster yang mama & papa naik! Can't believe it that I did it! Gilak!!!
 


Gaya bebas ala-ala budak sekolah tadika lepas fobia naik T-Express roller coaster!


Tak banyak gambar yang mama & papa ambil di Everland ni sebab beratur nak naik roller coaster pon dah 80 minit. Tips kalau datang ke sini, ambil gambar puas-puas dulu baru try semua benda di sini. Rasa rugi juga sebab mama & papa tak explore habis pon Everland ni sebab time constrain. Lepas naik shuttle bas keluar dari Everland, kami naik bas agency untuk pergi dinner. Dinner hari ni agak awal sebab lunch tadi kami cuma ditapaukan 2 keping sandwich aje.



 
 Lepas dinner kami terus di bawa ke hotel di pinggir bandar Seoul. Hotel kedua ni 'JBiss Hotel' tidak lah sehebat Class 300 Hotel di luar bandar dekat Mount Sorak kelmarin. Menurut Geena, land price yang sangat tinggi di Seoul adalah salah satu sebab hotel di sini lebih kecil sikit dari hotel kami pada hari pertama. Tapi room condition still OK sebab hotel ni baru. WIFI ada di lobi sahaja, so bila malam mama & papa akan turun ke lobi untuk online.
 
End of story for day 3. To be continued in part 3 ;)