Hari ni hari Rabu. Semalam mama pergi tampal gigi &
dapat medical leave. Alhamdulillah Allah
kurniakan nikmat kesihatan pada mama & papa, dan kami dapat menghayati
kenikmatan hidup bersama Maira, Qaisara & Qistina.
Hari ni mama terpanggil untuk menulis sesuatu yang mama rasa
sangat perlu untuk mama hargai dan syukuri. Last few days mama ada call tok
yang. Dalam borak yang panjang lebar tu,
salah satu topic yang mama bangkitkan pada tokyang adalah perihal kawan mama
seorang doctor. Mama bagitau tokyang kawan mama tu, umur sama dengan mama, tapi
dia sekarang sudah di gred 48!
Jawapan tokyang ringkas tapi penuh bermakna…. Tokyang jawab pada mama, “Suhana pon kalau tambah
nikmat Shahril,Maira, Qaisara &
Qistina yang Allah bagi dah sampai 48”. Mama terdiam. MASYAALLAH….. kenapa mama
tak pernah sedar itu semua selama ini…. Lalu mama jawab pada tokyang… “Mak,
kalau tambah itu semua, bukan 48 lagi, ana dah jadik lebih atas TURUS, jawatan
Ketua Setiausaha Negara ! Subhanallah….. lepas letak telefon sembang dengan
tokyang… meleleh air mata mama….betapa besar dan tidak ternilainya nikmat yang
Allah berikan pada mama selama ini… Ampuni aku ya Allah…. Sungguh aku alpa
dengan nikmat yang kau anugerahkan kepadaku selama ini….
Allah itu Maha Adil. Setiap apa yang berlaku dan tidak
berlaku adalah atas kehendakNya. “Man jadda wa jadda”….. Jangan kita mahu jadi apa yang kita mahu jadi,
kerana apa yang kita mahu jadi belum tentu adalah yang terbaik untuk kita.
Dialah yang Maha Mengetahui, dan Dia aturkan hidup hamba-hambaNya dengan
KekuasaanNya yang Maha Agung!
1 comment:
correct correct correct!
alhamdulillah :-)
Post a Comment